14 December 2022
Sebelum ini, PhytoFairy telah mengumpulkan faktor-faktor yang menyebabkan keguguran rambut, di samping kesan-kesan yang disebabkan oleh produk pencuci rambut. Jika anda ingin mengelakkan keguguran rambut, anda perlu mengurangkan tekanan mental anda, mengelakkan amalan tidur lewat dan mengelakkan minum minuman keras secara berlebihan. Namun, tahukah anda kesihatan rambut kita juga berkait dengan tabiat makanan kita?
Nutrien asas untuk mengelakkan keguguran rambut:
Selain daripada membantu pertumbuhan otot, protein juga memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan rambut kita. Oleh itu, apabila kita mengamalkan diet turun berat badan yang kurang sihat, seperti berpuasa dan makan terlalu sedikit, ia akan mengakibatkan keguguran rambut dan juga penipisan rambut. Seorang dewasa yang sihat memerlukan pengambilan protein sekurang-kurangnya sebesar saiz 1.5 penumbuk sehari. PhytoNutri merupakan pilihan yang sesuai untuk mengisi semula pengambilan protein kita, setiap bungkusan mengandungi 21 jenis protein berasaskan tumbuhan.
Rambut kita adalah dibentuk dengan jumlah kolagen yang besar. Apabila kita kekurangan kolagen, rambut kita akan menjadi kering dan akan putus, kemudian ia akan menyebabkan keguguran rambut. Vitamin C ialah nutrient yang penting untuk penghasilan kolagen. Lantaran itu, makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran ialah diet yang penting untuk rambut yang lebih sihat. Kita dicadangkan supaya mengambil buah-buahan sebesar dua penumbuk dan 3 hidangan sayur-sayuran setiap hari. Jika anda memerlukan suplemen tambahan untuk kolagen, jangan terlepas peluang ini mencuba PHHP Ophira Collagen. Peptida kolagen bukan sahaja senang untuk diserap, ia juga ditambah dengan Vitamin C, di mana ia akan membantu sintesis badan dan penyerapan.
Pengambilan zat besi yang secukupnya boleh membantu meningkatkan kandungan oksigen di dalam sel darah merah. Ketidakcukupan zat besi akan menyebabkan anemia kekurangan zat besi, di mana ia akan mengakibatkan kekurangan kandungan oksigen di dalam darah kita. Oksigen darah yang rendah akan menjejaskan nutrient yang dihantar ke rambut kita dan akan menyebabkan keguguran rambut. Zat besi boleh didapati di dalam daging, kerang dan organ dalaman, manakala vegetarian boleh memilih zat besi di dalam sayur-sayuran hijau.
Jika kita mempraktikkan amalan makanan yang lebih sihat dan seimbang, kita akan dapat mengelakkan keguguran rambut. Juga, di samping diet kita, faktor-faktor yang menyebabkan keguguran rambut yang telah dijelaskan sebelum ini juga adalah sangat penting.
Mari kongsikan informasi ini dengan orang sekeliling anda!