‘Berkongsi Kasih Sayang’ merupakan salah satu misi dalam Misi Teras PHHP. Ianya memupuk budaya “ Insan Saling Membantu Insan Lain”, menyebarkan kasih sayang untuk kesejahteraan manusia dan memupuk rasa keperimanusiaan dalam masyarakat. Kita lemah dan tidak berdaya apabila bersendirian tetapi kita mampu melakukan perubahan apabila kita bersatu padu.

PHHP aktif dalam bertindak balas dalam pelbagai masalah masyarakat seperti pemuliharaan alam sekitar, pemberian amal dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, bantuan bencana dan pelbagai lagi. Kita boleh melakukan perubahan apabila semua orang bersedia untuk saling membantu antara satu sama lain. Marilah kita sama-sama menerangi dunia!

Kempen Derma Darah

Sokongan Amal

Bantuan Bencana Alam

PHHP Go Green

Tunjang Kemanusiaan

Kempen CSR