15 November 2023

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Apabila menyebut tentang kesihatan gastrousus dan kesihatan keseluruhan, istilah "probiotik" dan "prebiotik" sering didengari. Apakah perbezaan antara mereka? Bagaimanakah ia berfungsi dalam badan kita? Apakah makanan yang mengandungi probiotik dan prebiotik? PhytoFairy akan menolong anda supaya anda lebih memahami peranan dan kepentingan mereka.



Apakah probiotik?


Usus manusia, termasuk usus besar, usus kecil, dan perut, ialah habitat trilion mikroorganisma, termasuk bakteria, kulat dan virus. Mikroorganisma yang terdapat dalam badan setiap orang adalah unik, termasuk bakteria jahat yang berbahaya kepada kesihatan, serta bakteria baik yang bermanfaat untuk kesihatan sistem penghadaman, iaitu "probiotik". Probiotik ialah mikroorganisma aktif berfaedah yang wujud secara semulajadi di dalam badan. Apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi, ia mempunyai manfaat tertentu untuk kesihatan manusia. Probiotik diperoleh daripada makanan fermentasi, termasuk yogurt yang terfermentasi semulajadi, kimchi (kobis fermentasi ala Korea), minuman yang mengandungi bakteria asid laktik, minuman terfermentasi seperti kifir, makanan soya terfermentasi seperti tempe, miso (sejenis makanan Jepun) atau kombucha dan lain-lain.



Apakah faedah probiotik?



1. Membantu kesihatan usus:


Bakteria berbahaya dalam badan meningkat apabila bandan dijangkiti bakteria jahat. Probiotik akan menghapuskan bakteria jahat yang berlebihan, mengimbangi nilai pH dalam usus dan mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan jahat dalam saluran penghadaman. Probiotik juga membantu badan mencerna makanan dan adalah penting untuk penghadaman serta penyerapan nutrien. Probiotik juga boleh membantu melegakan simptom sembelit kronik (kesukaran untuk membuang air besar dalam jangka panjang), serta meningkatkan kekerapan membuang air besar dan mengurangkan kekerasan najis. Probiotik juga telah disahkan dapat megurangkan sakit perut, ketidakselesaan perut, kembung perut dan gejala-gejala lain. Sudah tentu, bukan semua kesan baik datang dari satu jenis probiotik. Probiotik yang berbeza mempunyai kesan yang berbeza.



2. Membantu meningkatkan imuniti:


80% daripada sistem imun adalah berkait rapat dengan kesihatan gastrousus. Jadi kesihatan usus adalah penting untuk meningkatkan imuniti manusia dan melawan penyakit. Probiotik boleh membantu badan menghasilkan antibodi dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat di dalam usus.



3. Membantu kesihatan mental


Pengambilan probiotik yang sesuai secara berterusan boleh membantu dalam mengekalkan kesihatan emosi.



Apakah prebiotik?


"Prebiotik" ialah "makanan" probiotik. Ia tidak dapat diserap oleh tubuh manusia, tetapi ia boleh digunakan oleh probiotik dalam usus. Sumber makanan prebiotik termasuk kekacang, pisang, asparagus, bawang putih, bawang merah, daun bawang, bijirin penuh atau ubi kayu. Prebiotik boleh membantu pertumbuhan dan pembiakan probiotik yang dapat mengekalkan kecergasan mikroekosistem usus. Prebiotik juga boleh membantu pertumbuhan probiotik secara pesat dalam usus dan membantu menghasilkan nutrien yang diperlukan oleh usus. Prebiotik bukan sahaja membantu mengekalkan kesihatan usus, ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit usus dan menggalakkan pengurusan berat badan yang sihat. Menggandingkan prebiotik dan probiotik boleh mencapai kesan pelengkap.


Dalam kehidupan yang sibuk, kita sering mengabaikan kesihatan usus kita. Dengan memahami peranan probiotik dan prebiotik, kita boleh menjaga usus kita dengan lebih baik dan meningkatkan imuniti dan kesihatan keseluruhan kita dari dalam ke luar. Mari kita memberi perhatian kepada kesihatan usus mulai sekarang dan meningkatkan kesihatan tubuh badan kita secara keseluruhan!