19 October 2022

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Saya percaya anda semua mungkin akan rasa lapar kadang-kala selepas makan ataupun mahu makan makanan ringan. Terutamanya pada musim hujan, kita akan sentiasa berasa lebih lapar apabila cuaca sejuk. Betulkah kita hanya boleh menahan kelaparan ini sehingga waktu makan sampai? PhytoFairy hari ini akan berkongsi dengan anda bagaimanakah memilih snek yang bersesuaian tanpa memerlukan menahan kelaparan!

Jika anda mahu makan snek tetapi bimbang akan khasiat makanan tersebut, anda boleh merujuk kepada 4 prinsip tersebut:




1. Makanan Keseluruhan

Berbanding dengan snek yang telah diproses, kita boleh memilih untuk mengambil serabut diet, vitamin, mineral dan nutrient yang lain di dalam makanan yang lebih sihat. Sebagai contoh, kacang edamame, kacang tanpa garam dan perasa adalah dicadangkan.




2. Makanan Kaya dengan Serat Diet

Serat diet dapat membekalkan pelbagai manfaat kesihatan kepada kita. Di samping meningkatkan pergerakan gastrousus, serat diet akan menambah saiznya dengan air dan memberi kita rasa kenyang, hal ini akan mengelakkan kita mengambil makanan yang berlebihan disebabkan oleh rasa lapar. PhytoFairy juga memberitahu bahawa makanan kaya dengan serabut diet bukan sahaja boleh didapati di dalam sayur-sayuran, bijirin penuh juga merupakan punca serabut diet yang amat sempurna!




3. Mengelakkan Gula Halus

Kita tidak dapat menentukan amaun gula melalui kemanisan makanan. Apabila memilih snek, kita boleh merujuk kepada “kandungan gula” yang terpapar di atas label makanan.



4. Mengelakkan Lemak Tepu dan Lemak Trans

Terdapat banyak makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans, kita juga boleh mendapati informasi tersebut di atas label makanan.

Kadang-kala kita boleh membuat snek dan pencuci mulut kita sendiri, ia bukan sahaja sihat tetapi juga lebih enak.


1. Campur produk tenusu dengan snek yang sihat: Susu tidak berperisa boleh dicampur dengan kacang dan chia seed, manakala susu berperisa biasanya ditambah dengan gula untuk menambah rasanya. Juga, kita boleh menambah Phyto Greens ataupun PhytoNutri untuk meningkatkan keenakannya.

2. Buah-buahan segar: Buah-buahan bukan sahaja boleh membekalkan serabut diet tetapi ia juga boleh memberi kita pelbagai vitamin dan mineral. Kita boleh mencampurkannya dengan yogurt untuk menambah rasa kenyang, pada masa yang sama, mengisi semula pengambilan kalsium kita.

3. Protein adalah sangat penting: Segelas susu soya rendah gula ataupun susu soya tanpa gula boleh dicampur dengan secubit bijan hitam, ataupun menyediakan satu hidangan tauhu rendah gula juga merupakan pilihan yang ideal!


Sekiranya kita mahu menyediakan minuman selepas makan snek, kita boleh memilih Phyto Chlorophyll dan Phyto Aloe Vera Whole Leaf Concentrate untuk mempunyai pengambilan yang lebih baik dan sihat kerana kita dapat mengelakkan kandungan gula yang berlebihan. Di sini sahaja perkongsian hari ini, PhytoFairy berharap info ini akan membawa manfaat untuk anda!