18 January 2023

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Protein merupakan nutrient asas yang diperlukan oleh badan kita sebagai blok pembangunan untuk bahagian badan kita, seperti otot, tulang, kulit, rambut dan bahagian badan atau tisu-tisu yang lain. Terdapat lebih daripada 10,000 protein yang berbeza yang membentukkan badan kita dan membekalkan tenaga untuk kita dalam kehidupan seharian.




Manfaat kesihatan protein

Protein merupakan blok pembangunan untuk sel manusia yang di mana ia memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan enzim dan hormon. Pengambilan protein yang secukupnya membantu sistem imun kita berfungsi secara sempurna dan meningkatkan kadar penyembuhan apabila menghidapi penyakit. Di samping itu, protein juga adalah penting untuk pertumbuhan dan pembangunan dalam golongan kanak-kanak dan warga emas di mana ia membantu dalam menguatkan kekuatan otot dan tulang.




Protein berkualiti rendah

Memahami perbezaan antara protein berkualiti tinggi dan protein berkualiti rendah adalah sangat penting. Daging yang telah diproses sentiasa diperap ataupun diperisa melalui penggaraman, pengasapan atau pengawetan. Walaupun ia boleh diambil sebagai satu punca protein yang baik tetapia ia akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Daging yang diproses akan berkait dengan risiko kanser yang disebabkan oleh bahan-bahan yang digunakan dalam proses tersebut. Contoh protein berkualiti rendah ialah bakon, sosej, ham and daging tin.




Protein berkualiti tinggi

Sebaliknya, protein berkualiti tinggi jarang diproses ataupun hanya diproses secara minimum. Ikan seperti salmon, sardin dan ikan bilis bukan sahaja merupakan punca protein yang baik tetapi ia juga kaya dengan asid lemak omega-3. Apabila memilih hasil ternakan seperti ayam, kita dinasihatkan supaya memilih ayam organik ataupun ayam ternak bebas jika boleh dan juga mengeluarkan kulit apabila makan. Selain itu, kacang dan benih juga merupakan punca protein berasaskan tumbuh-tumbuhan yang sangat bagus di mana ia adalah tinggi dengan serabut dan lemak tidak tepu. Tauhu dan produk soya juga ialah pilihan yang bagus untuk pemakanan tanpa daging! Makanan protein berkualiti tinggi boleh memberi kita rasa kenyang yang lebih lama dan mengekalkan berat badan yang sihat dengan cara mengawal selera makan kita dan membekalkan tenaga tambahan untuk senaman dan aktiviti seharian.


Mengenalkan PhytoNutri, pilihan alternatif untuk pemakanan protein anda. Ia adalah diperbuat daripada protein berasaskan tumbuhan yang mengandungi 21 jenis kacang dan bijirin semula jadi yang dapat membantu membekalkan pengambilan protein yang mencukupi untuk pemakanan seharian anda.

Juga, PhytoFairy mahu mengingatkan para pembaca supaya sentiasa minum air yang secukupnya untuk mengekalkan hidrasi dan berwaspada terhadap bahan-bahan seperti karbohidrat dan gula tambahan apabila memilih punca protein anda.