30 November 2022

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL


Ramai orang sentiasa mengingati rambut yang sihat dan berkilat. Apakah rupa rambut yang sihat? Ciri-ciri rambut yang sihat ialah lantunan yang hebat, tahan patah, berkilat dan tidak mudah kusut. Walaupun genetik memainkan peranan yang paling besar dalam mempunyai rambut yang sihat, terdapat juga faktor-faktor yang lain yang merosakan kualiti rambut kita. Semak 5 cara tersebut untuk mengekalkan rambut yang lebih sihat dengan kami!




1. Menambah pengambilan protein

Rambut adalah terutamanya dibentuk daripada protein, ketidakcukupan khasiat bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan anda tetapi juga kualiti rambut anda. Pengambilan protein yang tidak cukup akan menyebabkan rambut keriting, rapuh dan juga keguguran rambut. Oleh itu, pemakanan yang seimbang ialah faktor yang sangat penting untuk rambut dan kulit kepala yang sihat. Punca protein merangkumi: telur, kacang (beans), ikan, produk tenusu lemak rendah, kacang (nuts).




2. Menambah pengambilan omega

Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 dapat memanfaatkan kesihatan kita terutamanya kesihatan jantung, fungsi otak dan kelihatan kita. Tahukah anda asid lemak omega-3 juga memainkan peranan yang penting dalam penjagaan rambut kita? Asid lemak omega-3 membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dan menghasilkan rambut yang kuat dan tebal. Terdapat juga kajian-kajian yang mendapati bahawa asid lemak omega-3 dapat membantu mengelakkan rambut kita daripada gugur. Makanan kaya dengan EPA dan DHA merangkumi ikan berminyak (oily fish), dan juga alga serta rumpai laut, di samping daripada ikan laut dalam, contohnya salmon, tuna dan sardin.




3. Memahami keadaan rambut anda

Selain daripada pengambilan khasiat demi rambut yang lebih sihat, kita juga perlu memahami keperluan individu dan tabiat harian kita. Terdapat pendapat yang bercanggah tentang kekerapan mencuci rambut kita. PhytoFairy bercadang supaya kita mengetahui jenis dan tekstur rambut kita, serta paras aktiviti kita. Sebagai contoh, individu dengan rambut berminyak dikehendaki mencuci rambut setiap hari, manakala rambut yang lebih kering boleh dicuci kurang kerap.




4. Cuci dan sikat

Merawat rambut anda secara lembut apabila basah, menyikat rambut anda secara lembut kerana ia adalah tiga kali senang patah apabila basah. Guna sikat yang lebih lebar untuk menyikat sebelum dan selepas mandi, ingat jangan mengelap rambut anda secara terlampau dengan tuala, serta mengelakkan air yang terlalu panas atau sejuk apabila mencuci rambut anda.




5. Memilih syampu yang sesuai

Mencuci rambut kita ialah langkah yang paling penting dalam rutin kita. Lantaran itu, memilih syampu yang sesuai untuk rambut kita ialah faktor yang akan mempengaruhi rambut kita. Guna syampu yang tidak sesuai dalam tempoh masa yang panjang akan menyebabkan kerosakan rambut yang ketara. Kita perlu mencari produk yang sesuai untuk jenis rambut kita. Terdapat pelbagai jenis syampu yang direka untuk rambut berminyak, biasa dan kering, sesetengah produk dirumus untuk masalah rambut seperti kelemumur. Elakkan syampu yang mengandungi bahan kasar seperti ammonium lauryl sulfate ataupun sodium lauryl sulfate.



PhytoFairy mengenalkan PhytoLab Healthy Scalp HOPS Shampoo kepada anda. Ia merupakan syampu tanpa sulfat dan dirumus dengan bahan-bahan semula jadi berasaskan tumbuhan, merangkumi Ekstrak Hops, Ekstrak Rosemary, Ekstrak Pelvetia Algae. Membasuh rambut kita dan membantu menenangkan kulit kepala dan rambut yang sensitif. Syampu ini adalah sesuai untuk semua jenis rambut dan kulit kepala.

Akhir sekali, ingat bahawa harga produk tidak semestinya menandakan kualiti sesebuah produk. Kita perlu memilih produk yang sesuai untuk rambut kita!