11 January 2023

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Selamat pagi! PhytoFairy akan membincang tentang nilai khasiat yang terdapat di dalam cendawan pada hari ini! Cendawan juga dikenali sebagai sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Hal ini disebabkan ia tidak mampu menghasilkan nutrien dengan sendirinya, oleh itu, ia perlu bergantung pada pokok-pokok atau kayu tua untuk mengekalkan kehidupannya.


Bak kata orang, “Cendawan merupakan satu makanan asas untuk mengekalkan badan yang sihat.” Cendawan dapat membekalkan nutrient-nutrien yang bermanfaat untuk kita. Cendawan adalah enak untuk dimakan dan ia juga sentiasa didapati di dalam hidangan seharian kita sebagai salah satu hidangan sampingan yang popular. Lantaran itu, vegetarian juga sentiasa menggunakan cendawan untuk menambah keenakan apabila menyediakan hidangan.


Cendawan yang sentiasa didapati merangkumi shiitake, cendawan king oyster, cendawan butang, cendawan mane singa, cendawan kulat hitam, cendawan jamur merang, cendawan enoki, cendawan tremella (kulat putih), cendawan shimeji dan spesies-spesies yang lain. Cendawan adalah kaya dengan vitamin, ia juga adalah rendah sodium dan tinggi potassium. Ion potassium di dalam serum darah membantu mengawal pengecutan otot kita, terutamanya otot jantung. Apabila ion potassium bermula kehabisan, masalah kekejangan akan berlaku. Sekarang, jom kita lihat apakah nutrient-nutrien yang bernilai boleh kita dapati di dalam cendawan!


Shiitake: kaya dengan serabut diet, membantu meningkatkan pergerakan gastrousus

Cendawan king oyster: kaya dengan potassium, membantu dalam pengeluaran sodium dari badan dan mengekalkan tekanan darah yang sihat

Cendawan enoki: kaya dengan lysine (salah satu asid amino yang asas), di mana ia merupakan blok pembinaan yang penting untuk protein

Cendawan oyster atau abalon: kaya dengan vitamin B dan timah sari, membantu dalam mengaktifkan sel imun kita

Lingzhi: di samping polisakarida, ia juga mengandungi pelbagai asid amino. Lingzhi telah lama dikenali fungsinya yang membantu mengekalkan kekuatan imuniti

Spora Lingzhi: debunga yang dihasilkan oleh cendawan Lingzhi, yang di mana ia membantu dalam kesihatan darah dan metabolisme kita. Dengan two lapisan luaran sebagai perlindungan, kita perlu memecahkan spora tersebut untuk melepaskan fungsi spora Lingzhi dan mendapatkan nutrient spora tersebut


PhytoShrooms Spora Lingzhi menggunakan teknologi pecahan sel dengan 99% kadar kejayaan yang tinggi untuk mengekstrak intipati daripada spora Lingzhi agar nutrien dapat diserap dengan mudah oleh tubuh badan manusia.

Namun, kita perlu ingat bahawa kita tidak dinasihatkan hanya mengambil satu jenis cendawan, kita memerlukan punca nutrien daripada pelbagai spesies cendawan untuk kesihatan yang lebih baik!