3 January 2024

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Susu, minuman biasa dalam kehidupan seharian kita, bukan sahaja boleh didapati dalam pelbagai perisa dan jenis, malah juga kaya dengan nutrien selain membekalkan suplemen kalsium. Persoalan yang sering menjadi topik perbualan adalah seperti, "Adakah susu sesuai untuk diminum?", "Adakah ia untuk orang atau lembu?", atau "Adakah ia hanya diperlukan untuk kanak-kanak?".

Di sini, PhytoFairy akan menjawab semua soalan berkaitan susu.


Bagi keperluan pengambilan susu, adalah disarankan dalam Piramid Makanan Malaysia yang seseorang individu boleh minum 1-2 gelas susu sehari. Sudah tentu, pengambilan makanan merupakan pilihan peribadi; asalkan ia makanan yang boleh dimakan, dan bukan makanan yang rosak. Pertama, susu kaya dengan banyak nutrien seperti protein, kalsium, vitamin, dan mineral. Segelas susu (250ml) mengandungi lebih kurang 8g protein dan 250mg kalsium. Bagi orang dewasa yang sihat, pengambilan kalsium harian yang diperlukan ialah 1,000mg, manakala bagi wanita yang berumur lebih dari 50 tahun, pengambilan kalsium harian yang disyorkan adalah sebanyak 1,200mg.

Susu dipasteur dan susu UHT telah melalui kaedah pensterilan yang berbeza dan mempunyai ciri-ciri unik masing-masing:



1. Susu dipasteur


Susu dipasteur telah disterilkan menggunakan pempasteuran dengan pemanasan pada suhu 72°C selama 15 saat, berkesan membunuh kebanyakan bakteria. Ia mempunyai jangka hayat yang agak pendek iaitu kira-kira dua minggu dan lebih mahal disebabkan oleh peningkatan kos dalam mengekalkan suhu rendah sepanjang proses pengangkutan dan penyimpanan. Walau bagaimanapun, susu dipasteur mempunyai rasa segar susu dan mempunyai tekstur yang agak tulen.



2. Susu UHT


Susu UHT, di sebaliknya, disterilkan menggunakan kaedah Ultra-high temperature (UHT) pada suhu 135°C selama 2 hingga 5 saat, iaitu suhu yang jauh lebih tinggi yang dapat membunuh bakteria dengan lebih menyeluruh. Ia mempunyai jangka hayat yang lebih lama iaitu kira-kira 6 hingga 9 bulan dan boleh disimpan tanpa penyejukan. Oleh itu, susu UHT adalah lebih murah.

Walaupun mereka mempunyai nilai pemakanan yang serupa, tetapi sesetengah vitamin dalam susu UHT mungkin terjejas semasa proses pensterilan dengan suhu yang tinggi. Walau bagaimanapun, jangan risau kerana protein dan kalsium utama tidak terjejas dengan ketara. Apabila memilih susu dipasteur atau susu UHT, anda boleh mempertimbangkannya mengikut keperluan dan keadaan peribadi anda. Susu dipasteur mempunyai rasa yang lebih tulen, manakala susu UHT adalah lebih mudah untuk disimpan, mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan secara relatifnya lebih murah. Bagi kedua-dua susu dipasteur dan susu UHT, masa penyimpanan yang disyorkan di dalam peti sejuk selepas dibuka adalah selama 3 hari. Jika pada suhu bilik, adalah disyorkan supaya ia diminum dalam masa 3 jam dan penyejukan semula adalah tidak digalakkan. Tambahan pula, susu yang diperah segar daripada lembu tidak disyorkan untuk dimimun segera sebab belum dipasteurisasi.

Terdapat pelbagai jenis susu:



1. Susu Segar:


Susu segar ialah susu yang diperah segar daripada lembu dan terus melalui pensterilan dan pembungkusan. Ia mempunyai kandungan lemak antara 3.3% dan 3.8% dan mempunyai rasa yang tebal dan kaya dengan nutrien. Susu segar dikelaskan sebagai susu penuh krim yang hanya terdiri daripada susu segar tanpa bahan tambahan.



2. Susu Penuh Krim:

Susu Penuh Krim biasanya diproses daripada susu segar menjadi susu tepung dan kemudian dilarutkan semula menjadi susu cair. Susu penuh krim mempunyai kandungan lemak 3.3% hingga 3.5% dengan rasa yang kaya dan nutrisi yang banyak. Namun, bukan semua susu penuh krim ialah susu segar. Ia biasanya dilabelkan sebagai "susu gabungan" pada pembungkusan yang mungkin termasuk pepejal susu, vitamin, mineral dan bahan penstabil.



3. Susu Rendah Lemak:

Susu rendah lemak ialah susu skim dengan kandungan lemak kira-kira 1.3% hingga 1.5%. Ia mempunyai tekstur yang lebih halus.



4. Susu Skim:

Susu skim mempunyai kandungan lemak tidak melebihi 0.2% dan mempunyai tekstur yang lebih nipis.



5. Susu Berperisa:

Susu ini biasanya mempunyai pelbagai perasa dan perlu diberi perhatian bahawa kebanyakan susu berperisa mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi.


Ini ialah soalan yang biasa ditanya oleh ramai orang. Adalah disyorkan bahawa orang dewasa yang sihat dan kanak-kanak berumur lebih dari 1 tahun untuk memilih susu penuh krim. Jika boleh, susu segar ialah pilihan yang lebih baik kerana bahan-bahannya yang lebih ringkas tanpa sebarang bahan tambahan. Jika anda bimbang tentang kandungan lemak, anda boleh memilih susu rendah lemak.


Sebagai kesimpulan, susu ialah minuman yang berkhasiat. Pilihan antara susu penuh krim dan susu rendah lemak bergantung pada pilihan peribadi dan keperluan kesihatan. Susu yang berbeza mempunyai ciri-ciri uniknya. Dalam artikel seterusnya, PhytoFairy akan berkongsi lebih banyak lagi tentang susu. Kami tidak sabar untuk berkongsi pengetahuan lanjut mengenai susu dengan anda. Jumpa lagi!