18 October 2023

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Kolesterol ialah perkataan yang sering kita dengar dalam kehidupan kita. Mungkin semua orang tidak menyukai perkataan ini apabila perkataan ini disebut. Namun begitu, adakah kolesterol begitu menakutkan? Anda mungkin tidak tahu, kolesterol sebenarnya memainkan peranan penting dalam kesihatan. Manusia tidak dapat hidup tanpa kolesterol. Oleh itu, PhytoFairy akan membantu anda memahami kolesterol semula dan menepis prejudis anda terhadap kolesterol.



Apakah kolesterol?


Kolesterol ialah bahan lemak penting yang diperlukan untuk fungsi badan yang normal dan setiap sel dalam badan memerlukan kolesterol. Terdapat dua sumber kolesterol dalam tubuh manusia. Hati menghasilkan 80% kolesterol yang diperlukan oleh tubuh secara semula jadi, tetapi hanya 20% adalah berkaitan dengan pemakanan. Kolesterol ialah lipid yang diperlukan untuk membina setiap sel dan merupakan bahan penting untuk badan menghasilkan hempedu, vitamin D dan mensintesis hormon. Hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Malaysia 2019 mendapati bahawa setiap 4 daripada 10 orang dewasa Malaysia mempunyai masalah kolesterol tinggi, tetapi 1 daripada 4 orang ini tidak menyedarinya! Sebenarnya, kolesterol tinggi secara amnya tidak mempunyai sebarang gejala dan satu-satunya cara untuk mengetahui kandungan kolesterol dalam badan adalah melalui profil lipid.



Jenis-jenis kolesterol


Terdapat dua jenis kolesterol. Pertama sekali ialah LDL (low-density lipoprotein) yang juga dikenali sebagai kolesterol "jahat". Apabila kepekatan LDL dalam saluran darah terlalu tinggi, ia mudah terkumpul di dinding saluran darah. Kedua ialah HDL (high-density lipoprotein), juga dikenali sebagai kolesterol "baik" yang mengutip kolesterol yang berlebihan dalam saluran darah kita. LDL bertanggungjawab untuk membawa kolesterol ke dalam darah dan kemudian mengangkutnya ke seluruh badan untuk digunakan oleh sel-sel badan. Apabila kepekatan LDL dalam salur darah semakin tinggi, ia akan terkumpul pada dinding dalaman salur darah, menyebabkan saluran darah menjadi sempit lalu tersumbat. LDL yang berlebihan akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. HDL bertanggungjawab untuk mengutip kolesterol berlebihan daripada darah dan membawanya kembali ke hati untuk digunakan semula lantas mencegah pengumpulan dan penyumbatan saluran darah. Oleh itu, mengekalkan HDL pada tahap optimum membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.



Bagaimana untuk mencegah kolesterol tinggi?


Pertama, kurangkan lemak tepu, seperti marjerin, makanan goreng (donut panjang goreng, ayam goreng, kentang goreng), kek dan biskut.


Kedua, elakkan pengambilan lemak tepu yang berlebihan, seperti makanan tin, makanan diproses, kulit haiwan, lemak haiwan dan produk tenusu tinggi lemak, termasuk krim putar, ais krim dan susu penuh krim. Lemak trans dan tepu yang berlebihan boleh meningkatkan kolesterol "jahat" dalam badan dan meningkatkan risiko penyakit jantung.


Ketiga, tingkatkan pengambilan serat, yang boleh membantu mengeluarkan kolesterol dari badan, menggalakkan pergerakan gastrousus dan membantu membuang air besar. Makanan serat termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh dan sebagainya.


Akhir sekali, mengamalkan gaya hidup yang sihat, termasuklah bersenam secara berkala. Anda boleh melakukan kira-kira 150 minit senaman berintensiti yang sederhana atau 75 minit senaman yang penuh intensiti pada setiap minggu, anda juga perlu mengekalkan berat badan yang sihat dan berhenti merokok.


Secara keseluruhan, kolesterol adalah penting untuk kesihatan kita, tetapi langkah-langkah penjagaan perlu diambil untuk mengekalkan tahap kolesterol yang sihat. Jadi, janganlah menjadi prejudis terhadap kolesterol dan mula mengekalkan tahap kolesterol melalui gaya hidup sihat. Anda dialu-alukan untuk mendapatkan semula pandangan positif mengenainya dengan PhytoFairy. Mulakan tindakan, beri perhatian kepada tahap kolesterol anda dan jaga kesihatan jantung anda. Semuanya merupakan pelaburan untuk kehidupan masa depan yang bahagia!