13 September 2023

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Kesihatan adalah penting untuk semua orang. Walau bagaimanapun, kita selalu mengabaikan kesihatan kita apabila tertumpu kepada kerja dalam kehidupan yang sibuk. Di Malaysia, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati bahawa 3 daripada setiap 10 orang mengalami hipertensi. Hipertensi, juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi, ialah penyakit yang berlaku apabila saluran darah berada di bawah tekanan yang lebih tinggi daripada biasa secara berterusan. Kita juga perlu tahu bahawa hipertensi ialah "pembunuh senyap", dan kebanyakan pesakit hipertensi tidak mempunyai gejala yang jelas. Pada realitinya, kesihatan terjamin dengan sedikit perhatian dan pencegahan awal. PhytoFairy akan membantu anda mengekalkan kesihatan yang baik dengan mengumpul dan menyusun ilmu kesihatan yang biasanya kita abaikan!



Bagaimana untuk mencegah hipertensi?


Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan pengambilan garam kita tidak boleh melebihi 5g (kurang dari satu sudu teh) sehari, kerana diet tinggi garam akan meningkatkan risiko menghidap hipertensi. Kita juga boleh kurangkan penggunaan perasa seperti kicap, sos tiram, sos cili, sos tomato dan sebagainya. Gunakan perasa asli sebagai alternatif seperti bawang besar, bawang putih, lada, cili, limau, halia, kunyit, serai dan sebagainya, yang boleh menjadikan makanan kita lebih sedap dan sihat.


Cuba sediakan makanan anda sendiri di rumah, kurangkan makan di luar dan bungkus makanan luar kerana ia mengandungi banyak perasa. Jadi bagaimana untuk mengurangkan pengambilan garam semasa anda makan di luar? Kita boleh minta untuk mengurangkan sos dan kuah kerana ia mengandungi garam, lemak dan kalori yang tinggi. Selain itu, kurangkan makanan segera, makanan diproses, makanan tin dan makanan yang diawet; makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kekal sihat.


Elakkan merokok. Merokok akan meningkatkan tekanan darah dan juga akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk kanser, penyakit kardiovaskular dan penyakit pernafasan.


Banyakkan bersenam. Amalkan sekurang-kurangnya 150 minit senaman aerobik intensiti sederhana setiap minggu, seperti berjalan pantas, melakukan kerja rumah, berjalan-jalan dengan haiwan peliharaan, menari dan sebagainya. Anda juga boleh melakukan 75 minit senaman aerobik yang berat, seperti permainan bola, berjoging, mendaki gunung, berenang, berbasikal dan sebagainya, atau gandingkan senaman intensiti sederhana dan senaman berat bersama. Senaman yang kerap boleh meningkatkan kesihatan keseluruhan dan sistem kardiovaskular, mengurangkan tahap kolesterol dan mengekalkan tahap tekanan darah yang sihat.


Kesimpulannya, diet tetap, senaman sederhana dan berhenti merokok boleh mengurangkan risiko hipertensi dan mengekalkan kesihatan kardiovaskular. Anda dialu-alukan untuk bertindak bersama-sama dengan PhytoFairy, mengawal pengambilan garam anda dan mengekalkan tabiat hidup yang sihat adalah kunci untuk mencegah hipertensi!