3 August 2022

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Kadang-kala sendi kita akan terasa sakit dan bengkak, kita akan menganggap bahawa ia adalah disebabkan oleh keadaan penuaan sendi kita. Namun, tahukah anda kesakitan sendi juga akan disebabkan oleh keadaan gout?

Gout biasanya disebabkan oleh tahap asid urik yang tinggi dan asid urik dihasilkan melalui proses metabolisme purine. PhytoFairy selalu menasihatkan orang ramai bahawa kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi purine.

Atau, anda juga pernah mendengar orang lain cakap: “Jangan makan makanan berasaskan kacang, makanan ini akan meningkatkan tahap asid urik!” Namun begitu, betulkah kenyataan ini? Hari ini, PhytoFairy akan menerangkan produk-produk kacang yang menyebabkan peningkatan tahap asid urik dan meningkatkan masalah gout. Jom!


Pertama, kita perlu mengenalpasti bagaimana asid urik ini dihasilkan. Apabila kita makan makanan, badan kita akan menjalankan proses metabolisme dan menukarkan purine di dalam makanan kepada asid urik. Daging, makanan laut, organ dalaman dan alkohol mengandungi jumlah purine yang tinggi.

Dalam situasi yang normal, asid urik di dalam badan kita akan dilepaskan dari badan kita melalui air kencing yang dihasilkan oleh buah pinggang. Jika fungsi buah pinggang kita adalah luar biasa ataupun tahap asid urik kita terlalu tinggi, keadaan asid urik yang berlebihan akan menyebabkan hyperuricemia dan juga meningkatkan risiko gout.


Keadaan gout merujuk kepada tanda-tanda kesakitan sendi yang disebabkan oleh metabolisme purine yang tidak normal di dalam badan kita dan hal ini akan menyumbang kepada hyperuricemia. Ia menyebabkan garam natrium asid urik berkumpul di kawasan sendi dan membentuk penghabluran, menjadikan sendi kita bengkak dan cacat.

Ibu jari kaki ialah sendi yang paling biasa diserang oleh gout. Hampir 50% individu mempunyai pengalaman gout yang pertama pada ibu jari kaki mereka. Kita perlu sentiasa ingat bahawa individu yang menghadapi tahap asid urik yang tinggi tidak semestinya mempunyai masalah gout, tetapi tahap asid urik yang tinggi semestinya akan meningkatkan risiko gout!


Sekiranya begitu, apakah jawapan kepada persoalan kita? Betulkah kacang akan menyebabkan tahap asid urik semakin tinggi? Sebenarnya, kacang soya ialah makanan tinggi dalam purine, tetapi tunggu sebentar sebelum anda buang semua produk-produk soya di rumah anda!

Ramai penyelidik telah berpendapat bahawa makanan berasaskan tumbuhan, seperti susu kacang soya, tauhu dan tauhu kering tidak akan menambah risiko gout, oleh itu, kita boleh makan makanan tersebut secara sederhana tanpa risau.

Kacang soya dan kacang merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan yang sangat berkualiti, selain mengandungi kacang soya dan kacang, PhytoNutri juga membekalkan 21 jenis kacang dan bijirin, ia akan membantu anda memperoleh pengambilan protein yang secukupnya tanpa sebarang kandungan trans-fat.

Individu yang menghadapi masalah tahap asid urik tinggi selalunya berada pada peringkat pertengahan usia dan dalam golongan orang tua, ataupun golongan yang berkait rapat dengan mereka yang mengamalkan tabiat minum arak, makanan mewah, gaya hidup kurang sihat dan sindrom metabolik. Jika anda menghadapi tahap asid urik tinggi sebelum peringkat pertengahan usia, ia mungkin adalah disebabkan oleh faktor kesihatan dan genetik anda.


Namun, jangan terlalu risau jika anda sedang mengalami hyperuricemia, anda boleh cuba mengurangkan tahap asid urik anda dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih sihat dan melakukan senaman dengan lebih kerap. Kurang pengambilan air juga merupakan salah satu punca kepada tahap asid urik yang tinggi, lantaran itu, kita perlu minum lebih banyak air supaya asid urik boleh dilepaskan dari badan kita melalui air kencing.

Sekiranya anda sedang menghadapi hyperuricemia ataupun merupakan pesakit penyakit kronik, anda boleh berjumpa doktor atau pakar pemakanan agar dapat mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih sihat dan sempurna.