09 OCTOBER 2020

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Kehidupan yang Indah Bermula daripada Lutut yang Sihat

Di dalam tubuh badan manusia, tulang merupakan salah satu sokongan yang penting. Terdapat 206 jumlah tulang di dalam tubuh badan kita. Di antara tulang-tulang ini, terdapat hubungan yang dipanggil sendi. Tubuh badan manusia terdiri daripada 146 sendi. Rangka tulang yang kuat dan teguh ini membolehkan kita bergerak secara bebas dan aktif untuk menjalani kehidupan seharian kita. Sendi dan tulang kelihatan sangat kuat dan tegap tetapi akan menjadi semakin lemah seiring dengan pertambahan usia kita. Terutama sekali pada bahagian lutut dan tumit kita merupakan bahagian yang menahan tekanan terbesar dan menjadikannya lemah lebih cepat daripada bahagian yang lain. Menurut kajian yang dilakukan oleh para saintis pada hari ini, orang-orang tua bukan lagi golongan yang satu-satunya menghadapi sakit artritis dan sendi. Persoalannya di sini, apakah yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan sendi dan tulang kita? Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut!


Petua untuk Penjagaan Sendi dan Tulang

1. Lakukan regangan dan gerakan pada badan dengan lebih kerap
Duduk dan berdiri atau berada dalam posisi yang sama dalam waktu yang lama akan mengeraskan otot sendi selain menyebabkan masalah peredaran darah yang lemah. Ubah kedudukan anda sekali-sekala ketika membaca, bekerja ataupun ketika menonton televisyen, regangkan tibia anda dengan kerap dapat membantu dalam melindungi kesihatan sendi anda.

2. Bersenam secara sederhana
Berjalan kaki, jogging, berenang dan melakukan senaman lain dengan impak hentakan yang kecil dapat membantu untuk melindungi sendi. Manakala latihan atau senaman yang daya hentakan impak yang besar akan meningkatkan tekanan yang dialami oleh sendi dan akhirnya akan meningkatkan risiko kecederaan sendi.

3. Panaskan badan terlebih dahulu, kemudian lakukan senaman
Senaman yang sedehana merupakan amalan yang terbaik untuk sendi dan tulang tetapi kita perlu lakukan pemanasan badan dengan baik sebelum memulakan senaman. Hal ini adalah untuk mengendurkan sendi, ligamen dan otot selain daripada dapat mengurangkan kecederaan pada sendi dan tulang semasa melakukan senaman.

4. Ketahui Batas Sendi Anda
Sakit-sakit otot selepas melakukan senaman adalah biasa. Namun sekiranya ia berlanjutan sehingga 48 jam, ini menunjukkan bahawa sendi sedang menanggung tekanan yang berlebihan. Pada ketika ini, sendi memerlukan masa untuk pulih dan senaman akan datang hanya boleh dilakukan selepas tempoh pemulihan selesai. Perlu diingat, pada sesi akan datang anda perlu menyesuaikan jumlah senaman mengikut kemampuan untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan disebabkan oleh senaman yang berlebihan. Sekiranya senaman terus dilakukan ketika kesakitan sendi tidak dirawat, ia akan mengakibatkan kecederaan sendi malah akan menjadi semakin parah.

5. Menambah nutrien untuk sendi dan tulang
Kalsium dan Vitamin D pada susu sangat berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan tulang kita. Sekiranya kita mempunyai tulang yang sihat dan kuat, kemampuan struktur tulang untuk menampung berat badan kita akan menjadi lebih baik. Ini memberi peluang mengurangkan kesakitan sendi anda dan ini menjadikan perjalanan hidup anda menjadi lebih mudah.

PhytoFairy mengesyorkan 4 ramuan semulajadi untuk sendi dan tulang:

Ekstrak Membran Telur:
Diasingkan daripada lapisan tipis kulit dalaman telur, memberikan nutrien penting untuk pemulihan sendi, yang membantu untuk meningkatkan fleksibiliti dan mobiliti sendi.

Kalsium Rumpai Laut:
Diperolehi daripada rumpai laut semulajadi, mudah untuk dikenali oleh tubuh badan manusia dan membenarkan penyerapan kalsium yang lebih baik. Membantu untuk menambah kalsium tulang dan menjaga kesihatan tulang.

Curcumin:
Pigmen kuning yang diekstrak daripada kunyit dapat membantu untuk mengurangkan keradangan, melegakan sakit sendi ataupun kekejangan.

Ekstrak Kuning Telur Terhidrolisis:
Membantu untuk meningkatkan keutuhan tulang dan menggalakkan pertumbuhan tulang yang sihat.

Kaki merupakan struktur asas tubuh badan kita. Jadi, Sayangilah Sendi Anda, Sayangi Kesihatan Anda!