15 February 2023

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Tahukah anda apakah maksud mempunyai tahap lipid yang tinggi di dalam darah kita seperti yang ditunjuk di dalam laporan perubatan kita? Lipid darah kita biasanya merangkumi kolesterol total, kolesterol HDL, kolesterol LDL dan trigliserida. Hari ini, PhytoFairy akan berkongsi dengan anda pertanyaan lazim tentang kolesterol.




Betulkah Kolesterol Total = Kolesterol HDL + Kolesterol LDL?

Kolesterol total tidak boleh dikira, keputusannya hanya boleh didapati melalui ujian. Juga, hanya kolesterol LDL boleh dikira dengan formula Friedewald.

LDL boleh dikira dengan formula Friedewald (kolesterol total – HDL-C – trigliserida/5 dalam mg/dl)

Formula ini telah digunakan oleh orang ramai kerana ia adalah senang dikira. Namun, hospital-hospital telah menggunakan proses ultrasentrifugasi untuk menguji LDL pada masa ini. Hal ini disebabkan jika tahap trigliserida anda adalah terlalu tinggi (lebih daripada 22 mg/dl), anda tidak akan dapat mengira LDL anda.




Apa yang Perlu Dilakukan Jika Tahap Kolesterol Anda Terlalu Tinggi?

Hakikatnya, hanya 20% kolesterol berpunca daripada makanan kita, yang lain adalah dihasilkan oleh badan manusia kerana hati kita boleh menghasilkan 80% kolesterol. Oleh itu, di samping daripada tabiat makanan kita, hal ini juga berkait dengan kesihatan hati kita jika tahap kolesterol kita adalah terlalu tinggi. Jika anda mendapati bahawa indeks hati anda semakin teruk, sila mengambil tindakan dan mendapat rawatan daripada ahli profesional. Anda juga boleh mencuba PhytoLiv untuk menguatkan kesihatan hati anda!

Untuk diet kita, asid lemak tepu ialah faktor utama yang mempengaruhi tahap kolesterol kita. Punca-punca lemak tepu merangkumi:

  • Pepejal di bawah suhu bilik.

  • Punca berasaskan binatang: daging merah dan krim.

  • Minyak berasaskan tumbuhan: minyak kelapa dan minyak palma.

  • Pencuci mulut, biskut, makanan ringan dan makanan goreng.




Adakah Kolesterol di dalam Makanan Laut dan Telur Sangat Tinggi?

Kolesterol di dalam makanan laut boleh didapati di dalam organ dalaman, seperti telur ikan, tampal udang dan telur ketam. Namun, kita juga akan mengambil lemak tepu apabila kita menggoreng makanan dengan minyak panas.

Kolesterol di dalam telur telah dibuktikan tidak akan mempengaruhi kolesterol di dalam darah manusia. Menurut pengambilan diet yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, individu-individu yang menghadapi masalah hiperkolesterolemia (tahap kolesterol yang tinggi di dalam darah) dinasihati supaya tidak mengambil lebih daripada 3 telur seminggu.

Setiap individu mempunyai keperluan pemakanan yang berbeza. Hal yang paling penting ialah kita perlu mempraktikkan gaya hidup yang bersesuaian kita. Saya berharap artikel tersebut boleh membantu anda memahami lebih banyak tentang kolesterol!