12 October 2022

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Kita mengetahui bahawa perlindungan daripada matahari adalah sangat penting untuk mengelakkan selaran matahari dan penuaan kulit awal yang disebabkan oleh sinaran ultraungu, di samping daripada peningkatan risiko kanser kulit dan katarak. Namun, tahukah anda selain daripada sinaran ultraungu, di dalam alam semula jadi kita terdapat juga sejenis cahaya yang akan menyebabkan kerosakan, iaitu cahaya biru (blue light)?

Punca utama cahaya biru adalah daripada matahari. Namun, disebabkan oleh kemajuan yang lanjut pada era moden ini, telefon bimbit telah menjadi sejenis keperluan di dalam kehidupan kita, serta tablet, computer dan skrin televisyen yang mengandungi cahaya biru yang bertenaga tinggi.

Selain daripada komputer, produk komunikasi dan produk elektronik pengguna (produk 3C), diod pemancar cahaya (LED) dan lampu pendarfluor juga memancarkan cahaya biru. Kita sudah mengetahui bahawa memandang telefon bimbit dan tablet dalam tempoh yang lama akan menjejaskan kesihatan mata kita, ia akan menyebabkan tanda-tanda seperti mata kering, mengalir air mata dan juga sakit kepala. Namun, tahukah anda ia juga akan memudaratkan kesihatan kulit kita?




1. Menjejaskan kualiti tidur

Manusia sudah biasa bangun pada waktu pagi dan rehat pada waktu petang. Hal ini disebabkan oleh cahaya biru yang dipancar oleh matahari, ia menghalang hormone yang membantu mengawal hormon tidur kita – melatonin, dan terus membangunkan kita. Oleh itu, jika kita sentiasa terdedah pada cahaya biru, kita akan berasa lebih sukar untuk mempunyai tidur yang baik. Kualiti tidur yang rendah akan menjejaskan kesihatan kulit kita.




2. Menjejaskan pembentukan kolagen

Cahaya biru akan menembusi kulit kita dan menyebabkan kerosakan di dalam fibroblast, hal ini akan mempercepat kehilangan kolagen dan mengakibatkan kulit yang kendur. Juga, kemungkinan besar kulit kita akan dipenuhi dengan kedutan dan kegelapan.



3. Meningkatkan pembentukan radikal bebas

Rangsangan daripada cahaya biru akan menyebabkan lebih banyak radikal bebas dihasilkan. Hal ini bukan sahaja akan memudaratkan mata kita, ia juga akan menyebabkan keradangan pada kulit, pigmentasi dan keadaan melasma.

PhytoFairy telah menyatakan bahawa cahaya biru akan mempengaruhi hormon tidur kita, oleh itu, kita telah mengamalkan rutin bangun pada waktu pagi dan kerja sehingga petang. Di sini, terdapat beberapa cara yang dapat membantu kita mengelakkan pendedahan cahaya biru selama tempoh yang panjang:




1. Sunscreen

Tidak kira kita berada di dalam bangunan atau di luar, kita perlu mengambil perlindungan yang sempurna dengan sunscreen supaya kita dapat mengelakkan cahaya biru daripada peralatan eletronik merosakkan kulit kita.



2. Produk yang mampu melawan cahaya biru

Di dalam pasaran, terdapat pelbagai pilihan untuk cermin mata dan perlindungan skrin yang mempunyai fungsi melawan cahaya biru.



3. Tetapan paparan

Kita boleh menetap paparan telefon kita kepada mod gelap untuk mengurangkan dedahan kepada cahaya biru.




4. Mempunyai pengambilan kolagen yang mencukupi

Cahaya biru akan mempercepat kehilangan kolagen dan jika kita tidak dapat mengelakkan cahaya biru, kita boleh mengambil tambahan kolagen dengan secukupnya supaya mengurangkan kerugian tersebut. PHHP Ophira Collagen adalah dirumuskan dengan peptida kolagen ikan laut dan adalah lebih mudah diserap oleh badan manusia.

Di sini sahaja perkongsian hari ini, jangan lupa berkongsi info-info tersebut dengan kawan-kawan dan keluarga anda!