09 OCTOBER 2020

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Ratu Pelembap: Hyaluronic Acid

Kulit kering merupakan masalah kulit paling biasa kita hadapi. Ia meyebabkan kulit menjadi kasar, mengelupas dan kegatalan yang membuatkan kita kerap menggaru sehingga kemerahan dan terjadinya bengkak. Oleh itu, ia memberikan petunjuk keadaan kulit yang tidak sihat dan mempengaruhi imej kita.


Apa yang menyebabkan kulit kering?

Kulit kita menjadi mudah kering kerana faktor lemak dan kelembapan (bebas amino acids) pada kulit semakin berkurangan dari semasa ke semasa.

Selain itu, antara faktor lain adalah seperti cuaca panas dan sejuk, berada di dalam rumah terlalu lama dan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia berlebihan seperti sabun mandi dan sabun pencuci pinggan akan menyebabkan kulit menjadi kering.


HYALURONIC ACID

PhytoFairy mendapati bahawa hyaluronic acid adalah sejenis bahan seperti gel lut sinar yang mempunyai tinggi sifat keanjalan, sifat penahan air dan fungsi pelincir. Ia juga mudah dijumpai dalam struktur tubuh badan kita.

Hyaluronic acid dapat menyerap sejumlah besar air yang mirip dengan fungsi span. Ia bertindak sebagai satu perantaraan untuk mengekalkan air pada kulit kita untuk melembapkan stratum corneum sehingga mencapai tujuan penghidratan.

Kandungan hyaluronic acid dalam tubuh badan manusia akan berkurangan seiring dengan pertambahan usia. Pada fasa menopause, kandungan hyaluronic acid akan menurun sehingga 25% dan mengakibatkan keanjalan kulit berkurangan. Oleh itu, PhytoFairy menyarankan untuk menggunakan losyen yang mengandungi hyaluronic acid untuk membantu menghidratkan dan melembapkan kulit anda. Jom kita perbaharui keadaan kulit dan menyuburkannya dengan keajaiban hyaluronic acid pada hari ini!