10 February 2021

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL


Kesihatan Ibu Bapa Adalah Kebahagiaan Kita


Kita senantiasa sedar akan kasih sayang ibu bapa apabila kita menjadi ibu bapa kepada anak kita sendiri. Daripada kita kecil, mereka telah menjaga kita dari semasa ke semasa dengan penuh kasih sayang tanpa sebarang keluhan.

Hari-hari berlalu, kita sudah menjadi dewasa. Sementara itu, ibu bapa kita semakin tua. Sehingga suatu hari, kita mendapati dan melihat garis-garis putih di rambut mereka, barulah kita menyedari betapa beruntungnya ibu bapa kita yang hidup dalam keadaan sihat. Oleh itu, kita harus menghargai masa sementara kita masih dapat menemani mereka.

Tanpa mengira betapa sibuknya kita, kita harus selalu ingat untuk menjaga ibu bapa kita, kerana kita tiada pengganti didalam hati mereka. Mari kita tip – tip daripada PhytoFairy supaya kita dapat membantu ibu bapa kita menjalani kehidupan yang lebih bahagia dan sihat.


1. Merancang Hari Keluarga


Merancang hari keluarga seminggu atau sebulan sekali bersama – sama dengan cucu boleh mengeratkan hubungan antara anggota keluarga. Selain itu, kita juga boleh merancang aktiviti yang menghiburkan, seperti: berkelah, “board game”, lawatan sehari, himpunan keluarga dan sebagainya, supaya ibu bapa kita boleh mengekalkan hubungan yang lebih erat bersama – sama dengan cucu mereka, manakala generasi muda juga boleh belajar akan kepentingan menjaga dan menghormati orang yang lebih tua.


2. Sentiasa Berhubungan Rapat


Pada era teknologi ini, kita boleh melakukan panggilan video dan sembang suara di mana sahaja dengan mudah.. Jika anda berada di luar negara dan sukar mempunyai peluang untuk melawat dan menziarahi ibu bapa anda, anda boleh cuba berkomunikasi dengan mereka melalui telefon, supaya anda boleh mengetahui dengan lebih lanjutmengenai situasi mereka sekarang. Membuat panggilan telefon kepada ibu bapa anda boleh mengurangkan kerisauan mereka, mereka akan mengetahui bahawa kehidupan anda juga adalah baik.


3. Melancong dengan Mereka


Kita boleh membawa mereka untuk melancong, bergantung kepada kemampuan kita. Ibu bapa kita telah mengorbankan masa mereka untuk kita, sekarang sudah tiba masa untuk kita membalas jasa mereka dengan memberi peluang kepada mereka untuk meneroka dunia ini yang penuh dengan keajaiban semula jadi. Jadi, mereka akan dapat menikmati peluang untuk mencuba pelbagai budaya yang unik secara santai.


4. Bagi Mereka Urut

Kesakitan pada sendi dan otot yang timbul dengan rasa kebas adalah perkara biasa dalam kalangan orang tua, terutamanya disebabkan oleh kemerosotan otot dan tulang. Memberikan urutan pada ibu bapa dan bahu di bahagian belakang dapat membantu merehatkan otot dan memperbaiki peredaran darah. Dengan ini, akan menghilangkan rasa sakit dan kebas pada otot. Anda juga boleh menyediakan besen air suam dan membiarkan ibu bapa merendam kaki mereka sebelum tidur supaya otot yang tegang semakin lega.


5. Menjaga Kesihatan Mereka

Kesihatan warga emas akan semakin merosot apabila mereka semakin meningkat usia. Oleh itu, kita perlu sentiasa menjaga kesihatan ibu bapa kita. Sebagai anak mereka, kita boleh membawa mereka menjalankan pemeriksaan kesihatan secata berkala supaya kita boleh mengetahui keadaan kesihatan semasa mereka. Di samping itu, kita juga boleh membekalkan makanan tambahan kesihatan semula jadi dan selamat kepada mereka agar mereka boleh mengamalkan cara hidup yang sihat. PhytoFairy mencadangkan kita untuk mengamalkan PHHP Aloe Vera Jus, PhytoFlex dan PhytoShrooms Spora Lingzhi untuk kesihatan yang lebih baik dan kesejahteraan kehidupan.

Sebagai anak mereka, kita juga harus menjaga kesihatan kita. Kita hanya dapat menjaga ibu bapa kita apabila kita juga menjaga kesihatan diri kita sendiri. Sementara kita masih muda, ibu bapa telah memberi kasih sayang sepenuhnya kepada kita, sudah sampai masa untuk kita menjaga mereka.

Ini kerana, kesihatan ibu bapa kita ialah harta yang paling bernilai untuk kita!