8 February 2023

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Tahun Baru Cina sudah tamat, adakah anda makan makanan yang enak dalam sambutan tahun baru ini dan mendapati bahawa anda telah menghadapi peningkatan berat badan? PhytoFairy telah mengumpulkan pelbagai tanggapan yang salah tentang kekurangan berat badan, jom kita lihat sama ada anda pernah mempraktikkan cara-cara kekurangan berat badan tersebut!




Mitos 1: Bolehkah penggantian makanan membantu mengurangkan berat badan?

Penggantian makanan pada umumnya mengandungi kalori yang lebih rendah, iaitu lebih kurang 600 kcal. Oleh itu, penggantian makanan boleh membantu kita mengambil kalori yang lebih rendah dan kita akan mendapati perubahan yang berkesan untuk berat badan kita. Namun, masalah peningkatan berat badan akan kembali apabila kita berhenti mengambil penggantian makanan dan tidak mengawalkan pemakanan kita.

PhytoFairy: PhytoNutri dan Phyto Greens boleh diambil sebagai makanan ringan untuk menenangkan kelaparan tetapi ia bukan diambil sebagai makanan asas.




Mitos 2: Pengambilan kanji akan meningkatkan berat badan?

Mengurangkan pengambilan kanji akan membantu kita mengurangkan berat badan dengan pantas, namun, hal ini bukan sahaja menyebabkan kehilangan lemak, ia juga menyebabkan kehilangan glikogen dan air di dalam badan kita. Hakikatnya, makanan kanji boleh membekalkan rasa kenyang dengan serabut diet dan ia bukan menakutkan seperti yang kita sangka.

PhytoFairy: Memilih karbohidrat kompleks dan bukannya karbohidrat halus boleh membantu kita merendahkan risiko peningkatan berat badan.




Mitos 3: Makanan mendidih boleh membantu mengurangkan berat badan

Makronutrien merangkumi karbohidrat, protein dan lemak. Walaupun kita sentiasa menggalakkan pengambilan minyak, garam dan gula yang berkurang, lemak masih merupakan nutrient asas yang diperlukan dalam kehidupan harian kita. Jika kita hanya mengambil makanan mendidih dalam masa yang panjang dan mengelakkan lemak, kita akan menghadapi masalah kulit kering, sembelit, kekurangan vitamin larut lemak, haid tidak tetap dan masalah kesihatan yang lain.

PhytoFairy: vitamin larut lemak ialah vitamin A, D, E dan vitamin K, vitamin-vitamin tersebut boleh diserap oleh badan manusia bersama dengan lemak.


Akhirnya, PhytoFairy mahu menekankan bahawa kita tidak harus mengambil jalan pintas dalam percubaan menguruskan berat badan. Cara yang paling berkesan adalah mengekalkan diet yang seimbang dan menjalankan senaman secara tetap. Juga, anda boleh melawat doktor, pakar pemakanan atau jurulatih untuk mendapat cara pengurusan berat badan yang paling menyesuaikan anda.