17 August 2022

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Tahukah anda tentang Pinggan Sihat Malaysia? Ia merupakan satu pinggan sihat yang direka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan membantu rakyat Malaysia mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih seimbang. Mari bersama dengan PhytoFairy melihat jenis-jenis makanan yang terdapat di dalam pinggan sihat kita!


Dalam Bahasa Malaysia, terdapat satu formula yang dicipta untuk pinggan sihat kita, iaitu “suku suku separuh”, manakala dalam Bahasa Inggris kita panggil ia “quarter quarter half”, di mana kita membahagikan pinggan kepada 3 bahagian: suku, suku dan separuh. Berdasarkan kepada gambar di atas, suku pertama dipenuhi dengan protein, suku kedua mengandungi karbohidrat dan bahagian ketiga dipenuhi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, kita juga boleh menyediakan satu gelas minuman tanpa gula apabila menikmati hidangan tersebut!




Suku Pinggan dengan Protein:

Protein boleh didapati daripada ikan, kekacang, daging dan telur. PhytoFairy juga sentiasa mengingatkan anda bahawa pemilihan protein haruslah bermula dengan kekacang, kemudian barulah ikan, telur dan daging. Urutan tersebut akan membantu kita mengurangkan pengambilan lemak tepu dan kita juga dinasihatkan supaya mengambil protein sebesar satu tapak tangan dalam setiap hidangan.




Suku Pinggan dengan Karbohidrat:

Karbohidrat boleh didapati daripada nasi, mi, roti, bijirin seperti gandum, oat dan ubi, iaitu kentang, labu dan jagung. Di samping itu, kita juga perlu tahu kacang merah dan kacang hijau juga dikenali sebagai karbohidrat! Selain itu, penggantian beras halus dengan bijirin juga merupakan pilihan yang digalakkan. Kita disyorkan supaya mengambil karbohidrat sebesar satu penumbuk dalam setiap hidangan.




Separuh Pinggan dengan Sayur-sayuran dan Buah-buahan:

Sayur-sayuran dan buah-buahan diambil secara separuh pinggan, di mana lebih kurang sebesar satu tapak tangan yang penuh. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mencadangkan 3 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan setiap hari.




Segelas Minuman:

Kita dinasihatkan supaya memilih minuman daripada air minuman semula jadi,osmosis dan minuman tanpa gula ataupun susu.

PhytoFairy faham dengan gaya hidup yang sibuk dan tabiat pemakanan kita akan menyebabkan diet yang tidak seimbang. Jika anda tidak dapat makan pada masa yang tepat, PhytoFairy mencadangkan anda untuk mengambil satu sacet PhytoNutri dan satu sacet Phyto Greens untuk memastikan pengambilan khasiat yang lebih sempurna.

PhytoNutri mempunyai 21 jenis kekacang dan bijirin semula jadi, di mana ia membekalkan sumber protein manakala Phyto Greens mengandungi 12 jenis ekstrak tumbuh - tumbuhan yang membantu membekalkan mikronutrien. Namun begitu, jangan lupa makan makanan sajian yang lebih lengkap apabila anda telah menyiapkan kerja!


Inilah informasi tentang pinggan sihat yang direka oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya berharap orang ramai dapat merujuk kepada saiz hidangan yang dicadangkan supaya dapat mengamalkan sajian pemakanan yang lebih sihat dan seimbang!