09 OCTOBER 2020

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Adakah Perut Anda Sihat?

Gaya hidup yang sibuk adalah sangat mempengaruhi rutin pemakanan harian kita, sebagai contoh apabila kita menghadapi tekanan yang berat pada siang hari akan menyebabkan rutin pemakanan kita terganggu. Duduk terlalu lama, kurang bersenam, makan berlebihan dan makan makanan yang tidak berkhasiat akan menimbulkan lagi pelbagai masalah pada perut termasuklah seperti:

Punca utama bagi kesemua masalah ini adalah daripada gangguan pencernaan dan ini menunjukkan bahawa perancangan pemakanan yang baik dan sihat adalah sangat penting untuk kita semua. Sekiranya kerap berasa ketidakselesaan pada perut, dapatkan bantuan dengan segera. PhytoFairy mencadangkan untuk kita mengamalkan pengambilan makanan yang tinggi kadar kepekatan, makan dengan teratur, banyakkan minum jus Aloe Vera dan mengambil enzim semulajadi untuk melegakan masalah perut.


Aloe Vera mengandungi Enzim-enzim Semulajadi

Enzim merupakan biocatalyst yang mempercepatkan pemecahan nutrien makanan. Ia dapat memecahkan makanan yang kita makan menjadi molekul-molekul kecil, melancarkan pencernaan makanan dan juga penyerapan nutrien. Sekiranya enzim ini tiada, kita memerlukan beberapa tahun hanya untuk mencerna makanan tengah hari sahaja.

Walaubagaimanapun, tahap enzim dalam badan kita akan cenderung berkurang seiring dengan pertambahan usia. Keadaan iniakan menyebabkan berlakunya masalah pencernaan dan juga pelbagai lagi masalah pada perut. Oleh itu, ianya sangat penting untuk kita mencari cara yang tepat dalam membekalkan enzim semulajadi kepada tubuh badan. PhytoFairy telah mendapati bahawa Aloe Vera mempunyai lebih daripada 10 jenis enzim semulajadi seperti amylase, lipase dan protease yang telah terbukti berkesan dalam membantu penyerapan nutrien. Selain itu, pengambilan enzim bersama dengan makanan tambahan kesihatan akan menambahkan lagi keberkesanan.