10 August 2022

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Adakah anda semua perasan bahawa PhytoFairy sentiasa memberi nasihat kepada kita semua supaya mendapatkan rawatan perubatan daripada doktor apabila badan terasa kurang sihat agar kita boleh mendapatkan rawatan yang terbaik secepat mungkin? Namun begitu, anda mungkin tertanya-tanya kenapa kita perlu mendapatkan konsultasi doktor jika kita telah mengambil makanan tambahan. Dalam episod ini, PhytoFairy akan berkongsi dengan anda kenapa pengambilan makanan tambahan adalah tidak bertentangan dengan rawatan perubatan.


Makanan tambahan merujuk kepada produk yang digunakan untuk membekalkan tambahan kepada diet dan membantu mengekalkan, meningkatkan dan memperbaiki fungsi kesihatan tubuh badan manusia. Secara ringkasnya, ia adalah digunakan untuk membantu kita mengawal kesihatan di mana badan kita akan melawan bahan-bahan bahaya, tetapi tiada kenyataan bahawa ia akan memberi sebarang rawatan perubatan. Lantaran itu, apabila badan kita terasa kurang sihat, kita dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan daripada doktor secepat mungkin.


Apakah situasi di mana kita memerlukan makanan tambahan? Terdapat pelbagai jenis makanan tambahan tersedia di dalam pasaran kita dan makanan tambahan tersebut sentiasa diklasifikasi sebagai pemakanan sasaran dan teras. Pemakanan sasaran adalah dihasilkan untuk mengawal kesihatan bahagian badan yang tertentu, pemakanan sasaran PHHP termasuklah PhytoFlex, PhytoRespi, Phyto Fiber, PhytoLiv, Imu-Max Colostrum, Ophira Collagen dan PhytoShrooms Spora Lingzhi.


Selain daripada pemakanan sasaran, terdapat juga pemakanan teras. Pemakanan teras membantu mengekalkan keseimbangan keseluruhan tubuh badan kita, sebagai contoh, Phyto Chlorophyll, Phyto Aloe Vera Whole Leaf Concentrate, PhytoNutri dan Phyto Greens.

Contohnya, jika anda tidak mempunyai diet yang seimbang, ataupun anda suka memilih makanan, PhytoFairy mencadangkan kombinasi Phyto Greens dengan PhytoNutri. Hal ini adalah kerana Phyto Greens adalah diformulasi dengan 12 jenis ekstrak tumbuhan, walaupun ia membantu membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita, kita tidak akan menerima pengambilan protein yang mencukupi. Oleh itu, kita memerlukan PhytoNutri untuk mengisi semula keperluan asid amino dan protein kita.


Adakah anda perasan bahawa topik diatas addalah membantu mengawal keadaan kesihatan, ataupun mengisi semula khasiat yang kita kurang? Jika badan kita terasa tidak selesa yang teruk, kita perlu mendapatkan nasihat daripada doktor.

Tetapi, kenapa kita masih perlu mengambil makanan tambahan? Sebahagian besar daripada faktor utama adalah kerana jadual yang sibuk, tabiat makanan dan gaya hidup yang membahayakan kesihatan kita. Terutamanya individu yang sentiasa dalam perjalanan, disebabkan oleh jadual masa yang terlalu sibuk, kita tidak mempunyai masa rehat yang mencukupi dan hal ini akan memudaratkan sistem imun kita. Jika kita membawa Imu-Max Colostrum bersama dengan kita apabila “outstation”, kita akan dapat mengekalkan fungsi imun kita melalui bantuan daripada “bovine colostrum”!

Inilah sebab makanan tambahan tidak bertentangan dengan rawatan perubatan. PhytoFairy berharap artikel ini dapat mengurangkan keraguan anda terhadap topik diatas!