3 February 2021

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Kehidupan Sihat Bermula Daripada Usaha Dalaman


Setiap orang menginginkan kesihatan yang baik. Tetapi, kita perlu bermula dengan menyayangi diri kita sendiri. Jika kita tidak menjaga kesihatan kita, bagaimana kita dapat memberi kasih sayang dan menjaga orang yang kita sayangi?

Bayangkan anda tengah menghadapi situasi seperti ini: tekanan kerja, kerjaya anda terjejas, persekitaran kurang sihat, kos sara hidup yang tinggi, masalah kesihatan dan mengalami masalah – masalah lain. Ianya pasti membentuk corak kehidupan yang tidak seimbang dan menjejaskan kesihatan kita.

Oleh itu, walaupun anda sangat sibuk, jangan lupa untuk meluangkan sedikit masa “Me Time” untuk diri anda sendiri. PhytoFairy akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk mencapai kesihatan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih ceria~


1. Senaman yang berkala:


Tekanan hidup memang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, kita perlu melakukan senaman yang ringan dan santai sekurang-kurangnya satu kali sehari. Bersenam selama 30 minit sehari bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan anda, tetapi juga dapat memperbaiki kesejahteraan rohani kita. Kesan peluh selepas senaman juga dapat menggembirakan emosi anda.


2. Meditasi:


Selain daripada melakukan senaman, kita juga boleh melakukan meditasi untuk menenangkan minda kita. Ia membantu membersihkan fikiran yang mengganggu dalam minda kita supaya badan dan minda kita dapat seimban, tenang dan harmoni. Proses ini tidak perlu dijalankan selama beberapa jam, sesi selama 10-15 minit sebelum tidur adalah mencukupi untuk tidur yang selesa.


3. Hubungan yang Baik:


Jika tedapat sesuatu perkara yang membimbangkan anda, jangan simpan kerisauan anda di dalam hati, cuba berkomunikasi dengan orang yang anda sayangi, keluarga dan kawan-kawan anda. Walaupun masalah tidak semestinya dapat diselesaikan, tetapi hubungan yang erat dengan orang lain dapat meringankan beban anda.


4. Mengamalkan Hobi:


Adakah anda mempunyai sebarang minat terhadap sesuatu aktiviti? Anda boleh mempunyai hobi yang anda minat jika anda tidak mempunyai minat yang tertentu. Sebagai contoh, anda boleh cuba bercucuk tanam, membaca, mendengar muzik dan lmelakukan perkara lain yang menyeronokkan. Luangkan masa untuk anda sendiri adalah sangat bermanfaat untuk mengurangkan tekanan.


5. Hidup dengan Sihat:


Jika kita selalu sakit, anda akan berasa semakin risau. Lantaran itu, menjaga kesihatan dan mengamalkan cara hidup yang sihat adalah sangat penting.


Tenaga Hijau PHHP, Trend Kesihatan masa kini!

Klorofil meruupakan minuman kesihatan yang penuh dengan nutrien berkhasiat. Ia adalah sangat sesuai untuk keperluan moden kita. Klorofil membekalkan manfaat kesihatan untuk kesihatan keseluruhan kita dengan membantu mengukuhkan kesejahteraan kita secara keseluruhannya.

Phyto Chlorophyll PHHP telah ditambah dengan Klorela dan daun pudina, ianya dapat memberikan anda tenaga dan kesiahatan serta membantu anda merealisasikan kehidupan anda dengan sihat!


Menjaga “Stesen Tenaga” Anda — Hati

Salah satu fungsi hati kita adalah menukarkan makanan kepada tenaga supaya badan kita boleh berfungsi secara normal. Jika kita sentiasa tidur lewat dan menghadapi tekanan yang berat dan luar biasa dalam kehidupan kita, situasi tersebut akan menjejaskan kesihatan hati kita.

PHHP PhytoLiv merupakan minuman kesihatan yang dirumuskan dengan tiga bahan utama, ia adalah sangat bermanfaat untuk kesihatan hati kita. Ingatlah untuk selalu menjaga hati yang berharga anda sebelum terlambat.