7 September 2022

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Cuaca kebelakangan ini panas terik dan PhytoFairy kepanasan kerana cuaca tersebut! Cuaca panas bukan sahaja boleh menyebabkan strok haba, tetapi ia juga boleh menjejaskan keadaan makanan kita.


Semua organisma hidup mempunyai suhu alam sekeliling yang bersesuaian untuk kehidupan mereka. Oleh itu, Zon Bahaya Suhu (TDZ) merujuk kepada julat suhu antara 7-60°C di mana makanan akan terdedah kepada pencemar. Bakteria boleh bertumbuh dan membiak dalam julat suhu tersebut, lantaran itu, apabila kita sedang menyediakan atau memanaskan makanan, kita perlu memastikan bahawa suhu adalah lebih tinggi daripada 70°C supaya bakteria boleh dihapuskan dengan sempurna. Apabila menyimpan makanan kita, suhu penyimpanan perlu lebih daripada 60°C atau kurang daripada 7°C apabila ia disejukkan supaya dapat mengelakkan pertumbuhan bakteria.

Makanan yang tidak disimpan dengan cara yang betul adalah lebih mudah dicemar dan adalah bahaya untuk kesihatan kita. Oleh itu, hari ini PhytoFairy akan menyampaikan beberapa salah faham yang sering dijumpa:




1. Makanan yang telah dimasak tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.

Masih ingat Zon Bahaya Suhu (TDZ) yang pernah kita cakap sebelum ini? 7-60°C ialah suhu yang mendesak pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Oleh itu, makanan yang tidak dapat dihabiskan perlu disimpan di dalam suhu lebih daripada 60°C atau di bawah 7°C.




2. Perlukah kita menyimpan minuman botol di dalam peti sejuk?

Apabila penutup botol telah dibuka, mulut botol akan terdedah kepada bakteria di dalam kaviti kita. Oleh itu, kita dicadangkan menghabiskan minuman tersebut secepat mungkin ataupun minum air tersebut dari gelas air.

PhytoFairy juga menyarankan kita supaya kita menyimpan Phyto Chlorophyll dan Phyto Aloe Vera Whole Leaf Concentrate di dalam peti sejuk selepas membuka dan menghabiskan minuman tersebut dalam satu bulan.


3. Makanan sejuk-beku boleh disimpan dengan lebih lama.

Menyimpan makanan di dalam penyejuk beku memang akan memanjangkan jangka hayat makanan. Namun, jika anda mempunyai peti sejuk yang tertutup ataupun anda sentiasa membuka pintu peti sejuk anda, ia akan menjejaskan kapasiti menyejuknya.




4. Sisa makanan semalaman akan menyebabkan kanser?

Orang ramai sentiasa berpendapat bahawa nitrat akan menghasil nitrosamine apabila ia dipanaskan dengan suhu tinggi, pada masa yang sama, nitrosamine juga dikategorikan sebagai IARC Kumpulan 1 dan Kumpulan 2B karsinogen.

Namun, pada masa kini, masih tidak banyak bukti yang dapat mengesahkan bahawa nitrat di dalam sayur-sayuran akan meningkatkan tahap karsinogen, dan jangan lupa bahawa apabila kita sedang membasuh sayur-sayuran, kita juga dapat mengurangkan kandungan nitrat.

Hakikatnya, kita perlu mengambil berat terhadap cara menyimpan makanan kita lebih daripada membimbang bahawa tahap karsinogen di dalam makanan semalam, sama ada suhu akan mempengaruhi pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma dan bakteria.


Kita perlu sentiasa ingat bahawa peti sejuk hanya dapat membantu mengawal pertumbuhan bakteria tetapi tidak dapat mengelakkan bakteria secara keseluruhan. Lantaran itu, bahan-bahan yang telah dimasak hanya boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 1-2 hari dan kurang daripada 1 bulan di dalam pembeku. Juga, jangan lupa untuk membuang makanan yang telah tamat tempoh!

Perkongsian informasi hari ini akan berakhir di sini. Cuba pantau cara penyimpanan makanan anda dan mempraktikkan cara yang lebih efektif bermula hari ini!