7 December 2022

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Seperti “sembilan daripada sepuluh orang botak adalah kaya”, namun, bukan sesiapa sahaja boleh menerima hakikat keguguran rambut. Keguguran rambut bukan sahaja akan mempengaruhi kelihatan fizikal kita, tetapi ia juga akan menjejaskan kesihatan psikologikal kita, ia akan menyebabkan perasaan rendah diri, kemurungan dan emosi negatif yang lain. Secara umumnya, keguguran rambut bukan sahaja merupakan masalah yang umun dalam kalangan lelaki, tetapi juga akan melibatkan individu-individu lain, merangkumi golongan wanita.



Faktor-faktor keguguran rambut




1. Faktor kongenital (genetik)

Keguguran rambut biasanya berlaku dalam kalangan individu yang mempunyai saudara-mara yang menghadapi masalah keguguran rambut turun-temurun. Keadaan ini biasanya berlaku secara beransur-ansur dan boleh dijangka dengan tanda-tanda seperti garis rambut yang berundur dan rambut yang bernipisan di bahagian puncak kepala.




2. Gaya hidup tidak sihat

Minum arak, menghisap rokok dan lambat tidur bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan kita tetapi juga akan mengakibatkan keguguran rambut.




3. Tabiat pemakanan tidak sihat

Makanan pedas, goreng serta berminyak senang menyebabkan liang pori yang tersumbat, lalu akan menyebabkan keguguran rambut. Juga, diet untuk mengurangkan berat badan yang terlampau seperti kelaparan akan mengakibatkan malnutrisi. Kekurangan zat makanan dalam tempoh yang panjang akan menyebabkan keguguran rambut dan memperlahankan pertumbuhan rambut.



4. Impak daripada perubatan

Kemoterapi untuk mengubati kanser, perubatan untuk penyakit Parkinson, ubat antihipertensi, perubatan hormonal dan perubatan yang lain mungkin akan mempercepatkan keguguran rambut.




5. Perubahan hormon dan masalah kesihatan badan

Kehamilan, menopause dan penyakit tiroid akan merangsang perubahan hormon dan menyebabkan keguguran rambut. Sesetengah masalah kesihatan seperti komplikasi system imun juga akan menyebabkan keguguran rambut.

Antara faktor-faktor keguguran rambut, kita juga boleh memerhatikan bahawa di samping daripada keguguran rambut kongenital, kita masih boleh mengurangkan risiko keguguran rambut dengan mengelakkan amalan seperti menghisap rokok, minum arak serta mempunyai masa rehat yang secukupnya apabila diperlukan.




Produk penjagaan rambut adalah sangat penting

Menggunakan produk rambut yang sesuai juga merupakan salah satu cara untuk penjagaan kulit kepala. PhytoLab Healthy Scalp HOPS Shampoo adalah dirumus oleh pakar penjagaan kulit, ia tidak mengandungi bahan-bahan keras seperti dimenthicone, bahan kimia aromatik dan arak, produk ini akan memberi anda pengalaman penjagaan rambut yang paling selesa. Ekstrak Hops, Ekstrak Rosemary, Ekstrak Pelvetia Algae akan memberi khasiat yang sempurna kepada rambut anda dan membantu menguatkan rambut anda. Ia adalah sesuai untuk semua jenis rambut dan kulit kepala, tidak dapat dinafikan bahawa ia merupakan produk penjagaan rambut yang amat sesuai untuk anda.

Selepas membasuh rambut, jangan lupa merungkaikan rambut sebelum mengeringkan rambut supaya kita dapat mengurangkan risiko keguguran rambut.

Akhirnya, PhytoFairy akan berkongsi dengan anda makanan-makanan yang boleh membantu mengelakkan keguguran rambut pada minggu yang akan datang! Jom jumpa lagi!