Penyakit gondok merujuk kepada pembengkakan tiroid. Tahukah anda tentang kelenjar tiroid? Apakah fungsi kelenjar tiroid dalam tubuh badan kita? Apakah hipertiroidisme dan hipotiroidisme? Anda akan mengetahui jawapannya selepas membaca artikel ini!
08 July 2024
Penyakit gondok merujuk kepada pembengkakan tiroid. Tahukah anda tentang kelenjar tiroid? Apakah fungsi kelenjar tiroid dalam tubuh badan kita? Apakah hipertiroidisme dan hipotiroidisme? Anda akan mengetahui jawapannya selepas membaca artikel ini!
Kelenjar tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian leher yang berfungsi untuk menghasilkan hormon tiroid. Hormon tiroid adalah amat penting dalam mengawal metabolisme, denyutan jantung, suhu badan, sistem pencernaan, perkembangan otak dan pengecutan otot. Hormon-hormon ini penting untuk pertubuhan dan perkembangan manusia. Hormon utama yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid ialah tiroksin (T4) dan triiodotironin (T3). Jika kelenjar tiroid tidak dapat merembeskan hormon yang betul dan mencukupi, hal ini boleh menyebabkan kerosakkan tiroid yang akan mempengaruhi tahap suhu badan, pengurusan berat badan, fungsi pencernaan, koordinasi neuromuskular dan operasi normal sistem organ lain. Rentetan itu, situasi ini mungkin mengakibatkan pelbagai penyakit kronik.
Kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid secara berlebihan dan mempercepatkan fungsi organ dalam badan. Antara tanda hipertiroidisme adalah berpeluh secara berlebihan, tidak tahan panas, penurunan berat badan, kebimbangan, cepat marah, degupan jantung yang laju, kesukaran untuk tidur, keletihan secara berpanjangan, cepat letih dan lain-lain.
Kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi, memperlambatkan fungsi organ dalam badan. Gejala-gejala hipotiroidisme termasuk sembelit, keletihan secara berterusan, tidak tahan sejuk, sakit otot dan sendi, penambahan berat badan, badan menjadi bengkak dan lain-lain.
Selain daripada hipertiroidisme dan hipotiroidisme, pembengkakan tiroid juga boleh disebabkan oleh nodul tiroid dan kanser tiroid. Oleh itu, jika anda mengesan ada pembengkakan atau benjolan di leher, anda harus mendapatkan bantuan perubatan dengan segera untuk mengetahui puncanya.
Kelenjar tiroid menggunakan iodin untuk menghasilkan hormon. Oleh itu, mengawal diet adalah sangat penting bagi pesakit yang mempunyai penyakit tiroid. Makanan yang tinggi iodin adalah kelp, rumpai laut, ketam, udang, dan kerang. Pesakit hipertiroidisme digalakkan untuk mengawal pengambilan makanan tinggi iodin, manakala mereka yang mengalami hipotiroidisme disarankan oleh doktor untuk meningkatkan pengambilan iodin dengan sewajarnya. Bagi pesakit dengan nodul tiroid yang tidak mempunyai hipertiroidisme atau hipotiroidisme berdasarkan ujian darah, diet biasa sudah mencukupi.
Kumpulan-kumpulan ini harus memberi perhatian khusus kepada kesihatan tiroid dan menjalani pemeriksaan secara berkala untuk mencegah dan mengesan penyakit tiroid pada peringkat awal.
Kesimpulannya, masalah tiroid adalah sangat umum. Namun, sesetengah orang mengambil ringan akan penyakit ini dan berfikiran bahawa rawatan segera tidak diperlukan sekiranya ianya berlaku terhadap diri kita. Tambahan pula, penangguhan rawatan boleh membawa kepada keadaan yang lebih teruk. Rawatan segera bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup tetapi juga dapat meningkatkan jaminan untuk sembuh dengan lebih cepat. Ingatlah melakukan pemeriksaan secara berkala untuk pengesanan dan rawatan lebih awal!