4 January 2023

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Tahun 2023 telah pun tiba! Tanpa disedari masa berlalu dengan sangat pantas, PhytoFairy mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada anda dan juga mengucapkan terima kasih kerana sentiasa berada di sini dengan kami! Kini, kita telah menyambut bulan yang pertama pada tahun baru ini, lagi dua minggu kita akan menyambut Tahun Baru Cina!


Sebelum sambutan Tahun Baru Cina, kita akan menyediakan barangan perayaan dan membeli baju baru, selain daripada membersihkan rumah kita. Pembersihan rumah adalah sebagai satu simbolik mengelakkan nasib buruk dan harapan yang lebih baik pada tahun baru ini.

Manusia pada masa kini mengamalkan gaya hidup yang sibuk, oleh itu, meluangkan masa untuk menjalankan pembersihan rumah secara lengkap merupakan satu perkara yang sangat sukar. Namun, kita boleh menyediakan satu jadual pembersihan dan membersihkan rumah dengan mengikut jadual tersebut. Sebagai contoh:


Dapur: hud dapur, dapur, tingkap, gris pada dinding, singki, peti sejuk, lantai

Ruang tamu: peralatan elektrikal, meja kopi, tingkap, kabinet, lampu, kipas, sofa, tirai, lantai

Bilik air: tingkap, jubin seramik, tandas, permukaan dinding, tab mandi

Bilik tidur: almari pakaian, meja solek, tingkap, lantai, lampu, kipas


Bak kata orang “Untuk melakukan kerja yang baik, seorang tukang memerlukan alat yang terbaik”. Lantaran itu, sebelum bermula membersihkan rumah, kita perlu menyediakan peralatan yang sesuai.

Di sini, kita telah mengenalkan peralatan yang penting untuk pembersihan: agen pembersihan, penyapu, alat pengelap, berus, kain buruk, plastik sampah.


PhytoFairy mengenalkan PHHP Multi-Pro Cleaner! Anda hanya memerlukan sebotol Multi-Pro Cleaner untuk mengekalkan pembersihan alam sekeliling anda. Tidak kira di dalam dapur, ruang tamu, bilik tidur atau bilik air, ia boleh membawa anda kemudahan dengan pelbagai fungsi pembersihan, oleh itu, anda tidak perlu lagi mengumpul botol-botol di sekeliling rumah anda.

Pembersihan akan menjadi lebih mudah untuk anda! Jom cuba PHHP Multi-Pro Cleaner hari ini supaya anda boleh melakukan kerja pembersihan dengan lebih mudah! Selamat Tahun Baru 2023, semoga kehidupan anda dipenuhi dengan restu dan kebahagiaan!