09 OCTOBER 2020

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Hadapi Situasi yang Memalukan? Jangan Risau!

Anda berhadapan dengan situasi yang memalukan? Anda tidak dapat menerima kenyataan akan kekurangan pada diri anda dan risau dengan hubungan anda dengan orang lain? Anda fikir anda boleh menghadapinya tetapi tidak mampu bertahan dengan apa yang terjadi?

Jangan risau! PhytoFairy sangat memahami anda. Berikut merupakan tips untuk anda menangani masalah masalah yang dihadapi.

1. Kekalkan Penjagaan Kesihatan Peribadi
Mandi selepas anda melakukan senaman dan berpeluh. Peluh akan melembapkan kulit dan menjadikan bakteria untuk membiak dengan mudah. Faktor utama bau badan adalah disebabkan oleh bakteria. Selain itu, golongan wanita yang berada dalam tempoh haid disarankan untuk menukar pakaian mereka dengan lebih kerap agar jangkitan di kawasan intim dapat dielakkan.

2. Pakai Pakaian yang Longgar dan Selesa
Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan daripada memakai pakaian yang terlalu ketat. Pakaian yang ketat hanya akan menyebabkan kesukaran untuk berpeluh dan mengakibatkan kesukaran kulit untuk bernafas.

3. Pemakanan Seimbang
Setiap makanan yang kita makan akan menentukan keadaan pada tubuh badan kita. Perlu sentiasa ingat untuk makan makanan yang seimbang dan sihat agar tubuh badan kita menerima nutrien yang mencukupi. Sentiasa menjaga tubuh badan anda untuk berada dalam keadaan sederhana alkali yang sihat.

4. Tenangkan Fikiran Anda
Rehat dengan cukup dan elakkan daripada berjaga sehingga ke lewat malam. Rehatlah dengan cukup kerana ia dapat melindungi tubuh badan anda serta dapat memastikan keupayaan penyembuhan diri berada dalam keadaan baik.

5. Pilih Sabun Mandi yang Dihasilkan daripada Bahan Semulajadi
Semasa membeli sesuatu produk, pastikan anda sentiasa membaca senarai kandungan ramuan yang tertera. Secara umumnya, produk yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi adalah lebih lembut dan kurang rangsangan pada kulit yang mana ia dapat memberikan pembersihan yang lembut serta mengekalkan kesihatan pada kulit penghalang.

6. Gunakan Pembersih Kawasan Intim
Pilihlah pembersih yang diformulakan daripada bahan-bahan semulajadi yang lembut.

PhytoFairy mengesyorkan Phytolab Botanical Hygiene Wash yang diformulasikan daripada ekstrak Piper Betle, ekstrak akar Licorice dan ekstrak Gotu Kola. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, baik untuk lelaki mahupun wanita yang akan memberikan anda pengalaman pembersihan hipoalergenik.