3 April 2024

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Dalam usaha mengekalkan kesihatan, kebanyakan individu hanya fokus kepada penurunan berat badan. Namun begitu, sesetengah orang menghadapi cabaran yang bertentangan. Tidak kira berapa banyak usaha yang dilakukan, mereka sukar menambah berat badan. Oleh itu, mereka kelihatan amat kurus dan kurang bertenaga. Merujuk keperluan tersebut, PhytoFairy sedia berkongsi beberapa strategi yang berkesan untuk menambah berat badan dengan sihat.



Isu Kekurangan Berat Badan


Biasanya, keadaan kekurangan berat badan menandakan Indeks Jisim Badan (BMI) di bawah 18.5, sering diiringi masalah kesihatan seperti kekurangan nutrien, daya imuniti yang rendah, osteoporosis, ketidakseimbangan hormon dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bukan semua orang dapat menambahkan berat badan dengan mudah. Faktor-faktor seperti masalah tiroid, gangguan pencernaan, penyakit kronik, faktor psikologi, gangguan tidur atau ketidakseimbangan hormon mungkin memainkan peranan dalam hal tersebut. Jika anda mengalami kesukaran untuk menambah berat badan, minta bantuan perubatan profesional dan lakukan pemeriksaan badan yang menyeluruh. Jika anda menghadapi kehilangan berat badan tanpa sebab yang jelas, jumpa doktor untuk penilaian fizikal.



Cara Menambah Berat Badan Dengan Sihat


Walaupun ada yang percaya bahawa menambah berat badan adalah seiring dengan meningkatkan pengambilan makanan, namun pengambilan makanan manis dan berminyak secara berlebihan boleh membawa keburukan kepada kesihatan. Nilai pemakanan makanan adalah lebih penting daripada kandungan kalori semata-mata. Jadi, pilih makanan yang berkhasiat dan seimbang. Mengambil makanan yang tinggi gula, lemak tepu tinggi dan garam tinggi secara berlebihan adalah tidak digalakkan. Walaupun kita boleh mengambil makanan tersebut sekali-sekala tetapi pengambilan makanan tersebut untuk tujuan menambah berat badan adalah tidak digalakkan. Kunci untuk menambah berat badan adalah dengan memastikan pengambilan kalori melebihi penggunaan, iaitu bertentangan dengan prinsip penurunan berat badan. Penambahan berat badan bergantung kepada peningkatan pengambilan kalori serta penglibatan senaman sederhana sebab menambah berat badan tidak bermakna anda perlu mengelakkan aktiviti fizikal. Sebaliknya, penurunan berat badan memerlukan kawalan pengambilan kalori dan peningkatan aktiviti fizikal.

Berikut merupakan beberapa perkara penting:



1. Menyesuaikan Struktur Makanan: Utamakan Kepadatan Nutrien Pemakanan


  1. Pastikan pengambilan protein yang mencukupi: Pilih sumber protein berkualiti seperti dada ayam, ikan, kacang, bijirin dan lain-lain. Selain itu, pastikan setiap hidangan mengandungi makanan kaya protein untuk pertumbuhan otot.

  2. Makan sajian sampingan sihat dan tambah jenis makanan:
    ● Makan makanan kaya kandungan nutrien di antara sajian seperti buah-buahan, kacang, produk tenusu dan lain-lain.
    ● Tingkatkan makanan sedia ada dengan susu tepung, keju dan hiasan atas sedemikian untuk meningkatkan pengambilan kalori.

  3. Kunyah secara teliti: Kurangkan beban saluran usus dan memudahkan pencernaan dan penyerapan.



2. Menambah Baik Kesihatan Usus: Membekalkan Prebiotik dan Probiotik


Prebiotik dan probiotik membantu menyeimbangkan keadaan usus, meningkatkan kesihatan sistem pencernaan dan penyerapan nutrien sambil mengurangkan kembung perut dan ketidakselesaan saluran usus.



3. Senaman: Latihan Rintangan untuk Pertumbuhan Otot


● Latihan rintangan merangsang pertumbuhan otot, meningkatkan jumlah otot dan meningkatkan saiz badan.

● Senaman membantu merangsang selera makan dan meningkatkan metabolisme.


Tujuan menambah berat badan bukanlah semata-mata untuk mendapatkan penampilan fizikal yang lebih baik tetapi juga untuk mengekalkan kesihatan. Dengan menyesuaikan tabiat pemakanan, memperbaik kesihatan usus dan melakukan senaman secara sederhana, penambahan berat badan secara sihat untuk mencapai kesihatan dan keyakinan diri. Perlu diingati bahawa tujuan penambahan berat badan adalah untuk mencapai kesihatan dan bukan untuk menggalakkan pengambilan makanan secara tidak terkawal.