28 September 2022
Pernahkah anda menghadapi masalah sembelit? PhytoFairy mendapati bahawa kita sering mengaitkan faktor-faktor sembelit dengan kekurangan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Serat makanan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan tidak dapat dinafikan boleh menjejaskan motilitas gastrousus kita. PhytoFairy juga menekankan bahawa serat makanan bukan sahaja terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan, tetapi ia juga boleh didapati dalam bijirin penuh, seperti beras perang, ubi keledek, labu, dan kekacang. Tetapi, adakah anda tahu terdapat juga cara lain untuk menggalakkan motilitas gastrousus?
Dalam perspektif diet, di samping daripada menambah pengambilan serat, kita juga perlu minum lebih banyak air. Pengambilan air yang rendah akan menyebabkan najis yang keras dan mengurangkan pergerakan usus.
Selain itu, kita juga boleh makan makanan yang diawet, contohnya yogurt dan kimchi, ia akan membantu dalam meningkatkan perkembangan probiotik. Sudah tentu, kita juga perlu memastikan bahawa kita akan mengambil amaun lemak yang bersesuaian supaya ia akan membantu melembutkan najis dan meningkatkan kesihatan gastrousus kita.
Kita mungkin boleh mengatur masa tetap ke tandas untuk memastikan jam biologi kita menyesuaikan diri dengan jadual. Walaupun ia mungkin kelihatan tidak berkesan pada mulanya, seiring perjalanan waktu, anda akan merasakan keinginan itu secara semula jadi. Setiap kali kita rasa ingin ke tandas, ingatlah untuk tidak menahan diri kerana tubuh kita mungkin tidak dapat menangkap isyarat jika kita mengabaikannya untuk jangka masa yang lama.
Selain itu juga, kita boleh mempraktikkan senaman untuk membantu kita meningkatkan motility gastrousus kita, di samping daripada makan pada masa yang tepat. Makan berlebihan akan mempengaruhi motilitas gastrousus kita dan memberatkan perut kita.
Sembelit bukan sahaja akan menyebabkan perut kembung tetapi juga akan mengakibatkan buasir dan kesakitan. Kita boleh mempraktikkan tabiat pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat, pada masa yang sama mengambil Phyto Fiber dan Phyto Aloe Vera Whole Leaf Concentrate supaya kita boleh membuang air besar dengan lebih mudah.
Phyto Fiber mengandungi serat larut dan serat tidak larut yang diekstrak daripada oat, roselle, psyllium husk dan hawthorn yang dapat membantu meningkatkan motility gastrousus; Phyto Aloe Vera Whole Leaf Concentrate mengandungi enzim yang boleh membantu kita mengurangkan sembelit yang sederhana.
Tips ini yang telah dikumpul oleh PhytoFairy untuk membantu mengelakkan masalah sembelit, saya berharap cara-cara tersebut akan membawa manfaat yang baik kepada anda!