1 December 2021

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Seperti yang umum tahu, kunci untuk mengawal gula darah adalah dengan bantuan daripada kawalan diet, senaman dan ubat-ubatan. Mengenai kawalan diet, hal ini sentiasa menjadi topik utama yang membimbangkan orang ramai.

Dalam kebanyakkan kes, walaupun kita memilih makanan yang kelihatan sihat dan rendah kalori, tetapi kita masih mengambil "gula" tanpa sedar dan menyebabkan gula dalam darah kita meningkat.

Sekarang, mari kita lihat makanan yang nampak sihat, tetapi sebenarnya lebih memudaratkan kepada kita, lebih daripada jangkaan.




Yogurt rendah lemak

Walaupun yogurt dikatakan rendah lemak, ia masih ditambah dengan gula sebagai perisa tambahan. Karbohidrat adalah dua kali lebih banyak daripada yogurt tanpa gula.




Jus yang baru diperah

Pengambilan jus oren sebagai contoh, kita memerlukan tiga hingga empat biji oren untuk penyediaan. Walaubagaimanapun, pesakit diabetes hanya boleh mengambil tidak lebih daripada dua biji oren sehari. Kerana boleh menyebabkan pengambilan buah-buahan yang berlebihan, dan pomace yang ditapis juga akan menyebabkan kehilangan selulosa didalam buah.

PhytoFairy memahami bahawa anda mungkin tidak dapat memahami konsep pengambilan buah-buahan, jadi anda boleh membandingkan saiz genggaman tangan anda dengan buah. Sebagai contoh, epal atau oren sebesar saiz genggaman tangan adalah sama dengan satu bahagian buah-buahan.




Buah Kering Asli

Ramai orang suka makan buah-buahan kering sebagai snek atau ditambah ke dalam minuman atau salad, tetapi mereka tidak tahu bahawa tiga sudu besar buah kering adalah bersamaan dengan dua hidangan buah sehari, dan kandungan gula adalah sangat tinggi.




Su’un

Su’un dikenali sebagai makanan rendah kalori, dan ramai yang menggunakannya untuk menggantikan nasi. Namun, su’un adalah diperbuat daripada kacang hijau yang kaya dengan kanji. Semangkuk su’un adalah sama dengan kandungan gula setengah mangkuk nasi.

Walaupun kandungan gula su’un adalah separuh daripada semangkuk nasi, kapasiti penyerapan airnya adalah sangat tinggi. Dengan pengambilan su’un yang penuh dengan sup dan sos mungkin akan lebih membimbangkan daripada makan separuh mangkuk nasi putih!




Kuah Salad

Dalam cuaca panas, semangkuk salad yang sejuk sangat lazat, rasa sangat sihat dengan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berbeza. Walau bagaimanapun, kebanyakkan kuah salad mengandungi banyak gula untuk rasa yang lazat. Satu sudu besar mengandungi 3-5g gula. Kita perlu berhati-hati!

Walau bagaimanapun, hal ini tidak bermaksud kita tidak boleh makan salad, tetapi kita harus memahami bahawa bahan tambahan dalam sos dan memastikan jumlah makanan yang kita makan adalah sihat.


Oleh itu, kita akan lebih peka apa yang perlu kita makan pada masa akan datang apabila kita pergi ke restoran untuk makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan kita! Apabila kita memahami perangkap dalam diet kita dan mengelakkan potensi risiko ini, PhytoFairy percaya bahawa gula darah kita akan menjadi lebih stabil dan sihat.

Selain itu, bukan sahaja pesakit diabetes perlu mengambil berat terhadap perangkap tersembunyi yang telah dibincangkan di atas, ia juga amat penting bagi mereka yang tidak mengalami masalah kesihatan yang serius. Ia boleh membantu kita mengurangkan pengambilan gula yang tidak diperlukan.

Ingatlah untuk berkongsi artikel ini dengan orang di sekeliling anda, supaya ramai orang dapat mengetahui lebih lanjut tentang perangkap dalam diet dan boleh mencegah potensi risiko kesihatan dengan lebih awal.