14 December 2022

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Losyen badan ialah satu penyelesaian untuk pelbagai masalah kulit, merangkumi kulit yang terlalu kering dan bahu yang terdedah kepada selaran matahari. Losyen badan merupakan satu produk yang penting untuk kesihatan kulit kita sepanjang tahun, oleh itu, kita perlu mengetahui bagaimanakah memilih losyen badan yang sesuai untuk kulit kita supaya dapat mengekalkan kulit yang berseri dan sihat.




Kepentingan Losyen Badan

Mengapakah kita memerlukan losyen badan? Badan kita sentiasa terdedah kepada sinaran matahari, pencemar alam sekitar, geseran pakaian dan cuaca teruk. Terdapat berbagai-bagai jenis losyen badan dirumuskan untuk menyesuaikan kulit kita, tahukah anda jenis produk yang sesuai untuk kulit anda? Losyen-losyen tersebut adalah sesuai untuk pelbagai jenis kulit:




Kulit Kering

Individu yang mempunyai kulit yang kering boleh menggunakan pelembap yang lebih tebal dan berkrim. Demi melawan kekeringan ini, kita boleh memilih losyen badan yang mengandungi hyaluronic acid dan dimethicone di mana ia akan membantu kulit kita mengekalkan hidrasi. Losyen badan yang dirumuskan dengan gliserin, propylene glycol dan urea boleh menyerap air ke dalam kulit kita manakala lanolin, minyak mineral dan petroleum ialah bahan yang sesuai untuk kulit yang kering supaya ia membentuk lembapan di dalam kulit anda.




Kulit Biasa

Individu yang mempunyai kulit normal memerlukan proses penjagaan yang lebih senang berbanding dengan jenis kulit yang lain. Namun, kita juga senang mengabaikan penjagaan kulit tersebut. Jika anda mempunyai kulit jenis normal, anda dicadangkan supaya membasuh kulit anda dengan lembut dan menggunakan losyen badan yang lebih ringan. Sekiranya anda sentiasa berada di dalam bilik penghawa dingin, anda boleh memilih formula yang lebih menghidratkan, manakala jika anda sentiasa menjalankan aktiviti luar, anda boleh memilih losyen badan yang mengandungi SPF untuk menjaga kulit anda daripada kerosakan matahari dan penuaan pramatang.




Kulit Berminyak

Kita sentiasa mengingatkan bahawa kulit yang berminyak tidak perlu lembapan, namun hal ini sebenarnya akan menyebabkan masalah penuaan pramatang dan kerosakan yang lain. Jenis kulit yang berminyak boleh bermanfaat daripada losyen badan yang berasaskan air ataupun pelembap tanpa minyak. Produk-produk tersebut mempunyai tekstur yang lebih ringan di mana ia akan diserap ke dalam kulit dengan lebih mudah dan tidak akan meninggalkan lapisan berminyak. Di dalam pasaran, terdapat pelbagai losyen badan yang dirumuskan untuk kulit berminyak, anda boleh memilih produk yang mengandungi bahan-bahan seperti lidah buaya, ekstrak teh hijau dan minyak pokok teh untuk mengekalkan masalah berminyak dan jerawat.



Mengenalkan PhytoLab Healthy Skin Body Lotion, satu losyen badan berasaskan unsur-unsur semula jadi yang mengandungi minyak pati pokok teh, minyak pati lavender dan hyaluronic acid untuk mengekalkan lembapan dan membaiki keadaan kulit. Produk ini ialah sejenis losyen badan yang tidak berminyak dan sesuai untuk semua jenis kulit. Jika anda sedang mencari losyen badan yang sesuai, anda boleh cuba produk ini!

Losyen badan ialah barangan penjagaan kecantikan yang sangat penting untuk semua orang, tidak kira jantina atau umur. Sentiasa menjaga kulit anda dengan SPF dan losyen yang secukupnya sebelum keluar dari rumah supaya anda dapat mengekalkan kulit bebas kedutan dan berseri!