09 OCTOBER 2020

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Adakah Sub-kesihatan Memudaratkan?


Walaupun beberapa keadaan sub-kesihatan tidak diambil kira sebagai penyakit serius, namun ia boleh mempengaruhi kehidupan kita.

Ada di antara kita yang sering berasa pening kepala. Kadang-kala kita akan berasa kepala seakan berputar ketika kita bangun dari tempat duduk setelah menghadap komputer berjam-jam lamanya di pejabat. Terutama sekali pada golongan wanita ketika mereka datang haid, masalah ini mungkin akan menjadi lebih teruk. Mereka mungkin mengalami kesejukkan, pening, pucat dan berasa lesu. Setelah mereka mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor, barulah mereka menyedari bahawa itu adalah gejala tekanan darah rendah.

Keadaan sub-kesihatan tidaklah membahayakan, kebiasaannya ia dianggap sebagai masalah kecil pada tubuh badan kita. Walaubagaimanapun, dengan mengabaikan dan membiarkan keadaan sub-kesihatan tubuh badan anda serta tidak mengambil langkah-langkah awal pencegahan akan menyebabkan terjadinya masalah besar yang akan menjejaskan kehidupan seharian bahkan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Jadi, PhytoFairy ingin memperkenalkan kepada anda ramuan herba semulajadi yang sihat – Chlorophyll!


Apa Itu Chlorophyll?


Pada masa lalu, ketika kita belajar matapelajaran sains sewaktu di sekolah rendah, kita mempelajari bahawa tanaman hijau dan alga memerlukan cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis. Perkara yang paling unik mengenai klorofil adalah struktur sel yang mirip menyerupai sel darah merah manusia. Satu-satunya perbezaan yang ada adalah terletak pada pusatnya yang mana ion besi dalam sel darah manusia dan ion magnesium pula dalam klorofil. Dengan ini, klorofil telah lama dikenali sebagai “Darah Hijau”.


Klorofil Hampir Ada Dimana-mana
Tetapi Kurang diserap ke dalamTubuh Badan Manusia

Pada tahun 1817, terdapat seorang saintis di Perancis yang bernama Dr.Pelletier telah menemui klorofil pada tumbuh-tumbuhan hijau. Dalam erti kata lain, manusia boleh mengambil klorofil setiap hari jika kita makan sayur-sayuran hijau setiap hari.

Tetapi masalah utama adalah klorofil tidak tahan dengan haba panas, nutrient klorofil akan hilang dan musnah sewaktu proses memasak dengan haba yang tinggi. Selain itu, tubuh badan manusia tidak dapat menyerap klorofil secara langsung. Ianya memerlukan bantuan teknologi pengekstrakan untuk mengubah menjadi klorofil yang mudah diserap oleh tubuh badan manusia dan dapat menyerap nutrien sepenuhnya.