9 August 2024
Terdapat banyak jenis produk minyak zaitun di pasaran, dan pelbagai pilihan yang ada akan menyebabkan kekeliruan bagi pengguna. Untuk memilih minyak zaitun yang berkualiti tinggi, mulakan dengan membaca informasi yang dilabel pada botol. Minyak zaitun tidak semuanya mempunyai kualiti yang sama. Minyak zaitun boleh diklasifikasi kepada kategori yang berbeza berdasarkan ciri-ciri dan kegunaannya yang unik. Artikel ini akan membantu anda memilih minyak zaitun yang bersesuaian dengan anda.
Minyak zaitun adalah sejenis minyak sayuran yang diekstrak dari buah zaitun dan kebanyakannya dihasilkan di kawasan Mediterranean. Minyak zaitun kaya dengan lemak mono tepu, bahan polifenol semula jadi (bahan antioksida), vitamin E dan nutrien-nutrien berkhasiat yang lain.
· Mempunyai tahap keaslian yang tinggi, dengan kandungan asid oleik kurang daripada 0.8%
· Diproses secara minimum, mengekalkan nilai khasiat yang tinggi dan rasa yang unik
· Sesuai untuk sos salad atau masakan bersuhu rendah. Elakkan masak pada suhu yang tinggi bagi mengelakkan kehilangan nutrien
· Diekstrak daripada buah zaitun selepas penekanan pertama
· Mengandungi kandungan asid oleik kurang daripada 2.0% dengan kualiti yang lebih rendah berbanding minyak zaitun extra virgin
· Sesuai untuk sos salad atau masakan bersuhu rendah
· Campuran minyak zaitun yang ditapis dan minyak zaitun virgin
· Mempunyai tahap ketahanan yang lama, tetapi sesetengah nutrien hilang sewaktu proses penapisan
· Sesuai untuk pelbagai kaedah memasak
· Diekstrak dari sisa kering buah zaitun
· Mempunyai nilai khasiat yang paling rendah dan merupakan pilihan yang paling berpatutan
· Sesuai untuk pelbagai kaedah memasak
Keasidan minyak zaitun merujuk kepada jumlah asid lemak bebas (terutamanya asid oleik) yang ada, bukan keasidan dari segi rasa. Keasidan yang lebih rendah menunjukkan kurang pengoksidaan, iaitu minyak tersebut lebih segar dan mempunyai nilai khasiat yang lebih tinggi.
· Pilih minyak zaitun yang dibungkus dalam botol kaca gelap bagi menyekat cahaya masuk dan melambatkan proses pengoksidaan
· Pertimbangkan minyak zaitun yang dijual dalam botol yang lebih kecil untuk memastikan kesegaran dengan menggunakannya dalam jangka masa yang singkat
· Simpan minyak zaitun di tempat yang sejuk, kering dan jauhkan daripada sinaran langsung matahari
· Habiskan minyak zaitun yang dibuka secepat mungkin untuk mengelakkan pengoksidaan dan kerosakan
· Elakkan memakan minyak zaitun yang sudah melebihi tempoh simpanan kerana kandungan khasiat minyak zaitun akan berkurangan dari masa ke masa walaupun belum dibuka
Kajian menunjukkan bahawa menggantikan lemak tepu dengan lemak tidak tepu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, dengan syarat pengambilan kalori secara keseluruhan adalah kekal sama. Minyak zaitun kaya dengan lemak mono tepu dan merupakan pilihan yang terbaik untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Walau bagaimanapun, minyak sayuran lain seperti minyak canola, rapeseed dan bunga matahari juga mengandungi lemak tidak tepu. Adalah disyorkan untuk mengamalkan pelbagai jenis minyak bagi mendapat nutrien yang berbeza dan baik untuk tubuh badan.