Laman Global:  Log Masuk Ahli  Daftar

Izumi Water Gel Plus

izumi water gel

Izumi Water Gel Plus akan memberi kulit anda perlindungan yang sempurna tidak kira pada waktu pagi atau malam. Formula baru telah memperkuatkan kesan mengekalkan lembapan, mengunci air dan meningkatkan kesan penyerapan. Hanya memerlukan kuantiti yang sebesar butir mutiara telah boleh memberikan anda perlindungan lembut yang berganda, membolehkan kulit anda segar dan bersih, tanpa perasaan berminyak!

Ramuan

Asid Hialuronik – dapat mengikat jumlah air yang berat sehingga 1000 kali ganda untuk mengisi ruang antara kolagen dan elastin, dan membantu menyokong struktur kulit serta mengurangkan kehilangan kelembapan kulit untuk membolehkan kulit anda licin, halus dan berseri!

Kolagen – merupakan protein yang paling banyak terdapat dalam tisu manusia, ia membolehkan kulit mengekalkan keanjalan serta meningkatkan kelembapan dan keserian kulit.

Limau gedang – kaya dengan vitamin C, membantu pemutihan dan melunturkan melanin kulit, membolehkan anda memiliki kulit yang cantik, cerah dan berseri.

Kacang soya – mempunyai kesan antioksidan, boleh memperbaiki kulit yang kasar, membantu melambatkan proses penuaan sel-sel kulit dan mengekalkan keanjalan kulit.

Soalan-soalan Lazim

  1. Apakah kesan utama Izumi Water Gel Plus?

    Kesan utama Izumi Water Gel Plus ialah menambahkan kandungan air, melembapkan kulit dan meningkatkan keupayaan penyerapan nutrien kulit. Izumi Water Gel Plus boleh digunakan sebagai alas bedak solekan pada siang hari, sifatnya yang segar boleh menjadikan kulit halus dan berseri. Gunakannya pada waktu malam boleh membantu memerangkap air dan mengelakkan kehilangan nutrien pada kulit.

Cara Penggunaan

Keluarkan Izumi Water Gel Plus yang bersaiz mutiara, sapu rata pada muka sehingga semuanya diserap. Ia sesuai digunakan untuk kulit biasa, dan boleh digunakan pada waktu pagi atau malam, merupakan langkah terakhir dalam penjagaan kecantikan kulit. Izumi Water Gel Plus mempunyai kesan pemerangkap air yang tinggi serta meningkatkan kesan pelembapan kulit dengan efektif.

Peringatan

Bagi kulit sensitif, kurangkan kuantiti penggunaan atau sapukan merata di tapak tangan terlebih dahulu kemudian tekan dengan lembut di atas muka. IZUMI Water Gel Plus mempunyai kesan mengurangkan rembesan sebum kulit serta mengekalkan kelembapan kulit. Izumi Water Gel Plus boleh memerangkap air pada kulit, meningkatkan keberkesanan produk serta membolehkan kulit anda sentiasa berada dalam keadaan lembap.

Search