Laman Global:  Log Masuk Ahli  Daftar

Izumi UV Protection

izumi uv protection

Izumi UV protection membolehkan kulit anda bernafas dengan bebas setiap hari dan memberikan perlindungan yang sempurna. Perlindungan cahaya matahari merupakan langkah penjagaan kulit yang tidak boleh diabaikan pada waktu siang kerana kulit anda akan sentiasa diancam oleh sinaran ultra ungu tidak kira di dalam atau di luar rumah. Penggunaan pelindung matahari yang betul akan membantu melambatkan proses penuaan kulit. Izumi UV protection boleh menghalang dan memantul sinaran ultra ungu dengan berkesan, teksturnya ringan, nipis dan telap udara, oleh itu tidak akan menyebabkan liang roma tersumbat dan tidak memberi perasaan berminyak, boleh dikatakan mempunyai kuasa perlindungan yang mencukupi (penentangan terhadap UVA / UVB), dan juga mempunyai fungsi anti-penuaan dan menghilangkan garis-garis halus, membantu melambatkan proses penuaan kulit, menjadikan kulit anda sihat, cantik, cerah dan berseri!

Ramuan

SunCat - Suncat merupakan sejenis teknologi pelindung cahaya matahari yang canggih, dengan teknologi lapisan liposom berpaten untuk membalut penyerap sinaran ultra-ungu yang berlainan , menawarkan pelindungan UVA dan UVB yang sempurna, mengurangkan ransangan yang disebabkan oleh krim pelindung cahaya matahari biasa.

Ekstrak bendi - kajian klinikal mengesahkan bahawa penggunaan selama tiga minggu boleh mengurangkan kedalaman kedutan kulit kira-kira 26% secara purata. Ia juga mempunyai fungsi anti penuaan yang pelbagai dan pada jangka panjang, serta boleh mengurangkan kesan penuaan yang disebabkan oleh sinaran ultraungu.

Heksa-peptida – mengandungi asid amino semula jadi, sangat berkesan untuk pemulihan dan anti-penuaan kulit dan mengurangkan kedutan yang disebabkan proses penuaan dan mimik muka.

Ekstrak kamomil – mempunyai kesan antiseptik dan anti-radang, mengurangkan sensitiviti kulit, dan meningkatkan keupayaan pemulihan kulit.

Ekstrak Kalanchoe Spathulata – bersifat antioksidan, melambatkan kesan penuaan kulit, menjadikan kulit halus, licin, anjal dan berseri serta boleh menghalang pembentukan melanin kulit.

Ekstrak Aloe Vera – mempunyai fungsi pelembapan dan pemulihan.

Soalan-soalan Lazim

  1. Apakah teknologi perlindungan cahaya berpaten Suncat?

    Suncat adalah sejenis teknologi istimewa yang menggunakan fosfolipid bilayer melapisi bahan aktif. Tekstur pelindung cahaya ini sangat lembut dan halus, memberi kesan perlindungan cahaya matahari yang berkualiti. Teknologi ini membolehkan permukaan kulit membentuk satu lapisan pelindung yang nipis, memberikan kulit anda perlindungan sepanjang hari yang selesa.

  2. Apakah kesan istimewa Izumi UV Protection?

    Izumi UV Protection mempunyai lima kesan utama, iaitu melindungi kulit daripada cahaya matahari, anti-alergi, menegangkan kulit, memelihara kelembapan kulit serta anti-penuaan. Ia sejenis krim yang ringan dan nipis, serta telap udara, boleh menghalang dan memantul sinaran ultra-ungu, mencegah penuaan kulit dan mengurangkan tahap sensitiviti kulit.

Cara Penggunaan

Digunakan pada waktu siang, sesuai digunakan pada kulit biasa. Keluarkan jumlah krim pelindung cahaya yang sesuai, sapu secara rata di keseluruhan muka dan leher, tekan dengan lembut dan mengarah ke luar arah akan memberi kesan yang lebih baik. Ini merupakan langkah terakhir penjagaan asas kulit pada waktu pagi. Bagi kulit sensitif, kurangkan kuantiti penggunaan atau sapukan merata di tapak tangan terlebih dahulu kemudian tekan dengan lembut ke atas muka.

Search