Laman Global:  Log Masuk Ahli  Daftar

Izumi Rich Cleansing Foam

izumi rich cleansing foam

Izumi Rich Cleansing Foam menggunakan teknologi "stim". Apabila krim pembersih ini menyentuh kulit, suhu badan akan menghasilkan buih-buih dengan segera untuk membersihkan kulit dan liang-liang roma anda secara mendalam, menanggalkan kotoran dan sel-sel keratin yang tua pada kulit, serta mengekalkan kelembapan kulit. Izumi Rich Cleansing Foam yang kaya dengan ekstrak tumbuhan semulajadi boleh mengaktifkan kulit muka anda serta meningkatkan penyerapan nutrien produk penjagaan kulit, membolehkan anda mempunyai kulit yang bersih, licin, anjal dan berseri!

Ramuan

Surfaktan yang bersifat lembut ( Melembap dan tidak meransangkan) – Berbanding dengan produk pembesih muka di pasaran yang mengandungi bahan-bahan sulfat, ejen berbuih yang berasal daripada minyak kelapa yang lembut, tidak meransang dan selamat digunakan. Ejen berbuih yang lembut ini boleh membersihkan kulit secara mendalam tetapi tidak akan merosakan lapisan pelindungan kulit semula jadi.

Ekstrak timun – kaya dengan vitamin C dan asid amino, mempunyai kesan mencerahkan, menenangkan dan mengimbangi rembesan sebum dan air pada kulit, mengembalikan nilai pH kulit yang normal dan sebagainya. Ia juga berkesan untuk melembapkan dan membaik pulih kulit yang cedera kerana berjemur di bawah matahari yang terik.

Ekstrak Aloe Vera – pelembap dan anti-radang semula jadi, kaya dengan asid amino, mineral dan protein. Bagi pesakit selaran matahari, aloe vera juga boleh menenang dan melegakan kemerahan dan retak pada kulit.

Ekstrak Houttuynia – mengandungi 15 jenis asid amino dan vitamin, boleh melegakan ketegangan dan keletihan kulit serta mempunyai kesan antioksidan, mencegah penuaan kulit.

Ekstrak Kalanchoe Spathulata – mempunyai kesan antioksidan, menentang radikal bebas, melambatkan gejala penuaan kulit dan mengurangkan pembentukan melanin.

Soalan-soalan Lazim

  1. Apakah keistimewaan Izumi Rich Cleansing Foam?

    Izumi Rich Cleansing Foam menggabungkan kedua-dua fungsi pencuci muka dan masker muka, boleh mempertingkatkan pembaharuan sel serta membaik pulih keadaan kulit. Formula istimewa ini boleh mengeluarkan buih dengan peningkatan suhu badan, seperti melakukan rawatan "stim" muka di salon kecantikan, menyingkirkan kotoran pada kulit, menjadikan kulit tegang, putih, halus dan berseri!

  2. Apakah perbezaan antara Izumi Rich Cleansing Foam dan Izumi Cleansing Solution Plus? Mengapa kita perlu menggunakan Izumi Rich Cleansing Foam selepas menggunakan Izumi Cleansing Solution Plus?

    Izumi Cleansing Solution Plus menyingkirkan kotoran dari persekitaran dan fizikal serta solekan manakala Izumi Rich Cleansing Foam boleh membersihkan kotoran yang larut dalam air pada kulit. Anda akan berasa menyegarkan selepas mencuci muka kerana ia tidak menghilangkan kandungan lembapan dalam kulit, mengelakkan kulit berasa ketat. Biasanya disyorkan digunakan pada waktu malam untuk mencapai kesan pembersihan yang terbaik serta mengelakkan liang roma tersumbat.

Cara Penggunaan

Digunakan pada waktu pagi dan malam

Pastikan kedua-dua tangan, muka dan leher berada dalam keadaan yang kering. Sapukan Izumi Rich Cleansing Foam ke seluruh muka secara rata dengan kuantiti yang sesuai, urutkan dengan lembut secara membulat. Buih-buih akan terbentuk selepas beberapa saat. Kemudian bilaskan dengan air yang bersih. Anda boleh biarkannya di atas muka selama 1 minit pada keadaan yang tertentu untuk meningkatkan kesan pembersihan. Kemudian gunakan Izumi Spring Toner. Dicadang gunakan setiap pagi dan malam. Sesuai untuk kulit biasa.

 

Peringatan

Untuk kulit jenis kering dan kulit yang sensitif, Cucikan muka dengan kaedah pembersihan biasa (basah) untuk mengurangkan ketidakselesaan. Dalam usaha untuk menyingkirkan sel-sel keratin tua yang berlebihan, habuk dan kotoran lain yang larut air, maka perlu membersihkan muka secara berganda pada waktu malam supaya boleh menyingkir atau melarutkan kotoran sehingga ke liang roma kulit untuk mencapai kesan pembersihan yang terbaik.

Search