Laman Global:  Log Masuk Ahli  Daftar

Izumi Cleansing Solution Plus

izumi cleansing solution

Pencuci muka ini boleh menanggalkan solekan dan kotoran yang degil pada muka serta memperkuatkan kesan pelembapan kulit, menjadikan kulit anda cerah, halus dan berseri. Urutnya dengan lembut pada muka, kemudian bilas dengan air, dengan segera kulit anda akan terasa segar, bersih dan tidak berminyak. Masalah jerawat dan bintik hitam juga dapat dikurangkan!

Ramuan

Lapisan Pertama: lapisan perlindungan berminyak – Lapisan perlindungan berminyak yang diekstrak daripada skualena laut dalam, boleh membersihkan kulit secara mendalam dan melindungi kulit. Pelembap yang berminyak ini juga meningkatkan kesan pelembapan, boleh disapu dengan senang semasa penggunaan serta dapat mengurangkan tahap sensitiviti. Ia juga ditambah dengan vitamin E yang mempunyai kesan anti-pengoksidaan yang tinggi untuk meningkatkan sistem keimunan kulit.

Lapisan kedua: Lapisan Emulsi – pengemulsi yang selamat ini boleh melarutkan solekan dan kotoran pada muka dengan senang, dan boleh mengurangkan pembentukan jerawat.

Lapisan Ketiga: Lapisan perlindungan berair – Mengandungi ekstrak rumpai laut, boleh meningkatkan kesan untuk melembapkan dan menambahkan khasiat pada kulit.

Soalan-soalan Lazim

  1. Mengapa anda perlu menggunakan produk menanggal solekan?

    Masalah pencemaran alam sekitar semakin serius, minyak yang dirembaskan oleh kelenjar sebum kulit menyebabkan kotoran dan debu melekat pada permukaan kulit. Oleh itu, penanggalan solekan merupakan langkah yang sangat penting dalam penjagaan kulit asas. Guna Izumi Cleansing Solution Plus boleh menanggalkan solekan dan kotoran berminyak, membantu menghilangkan masalah kulit yang gelap dan kusam, membersihkan kulit anda, dan pada masa yang sama mengekalkan kelembapan kulit.

  2. Apakah yang perlu diberi perhatian semasa menggunakan Izumi Cleansing Solution Plus?

    Goncangkan botol Izumi Cleansing Solution Plus supaya kandungan "3 lapisan" menjadi rata sebelum digunakan. Gunakan kapas muka basah semasa mencuci muka untuk mencapai kesan pencucian yang terbaik.

Cara Penggunaan

Pembersihan kulit yang mendalam dan Digunakan pada waktu malam

Pastikan kedua-dua tangan, muka dan leher berada dalam keadaan kering, goncangkan botol supaya tiga lapisan minyak menjadi sekata, kemudian tekan 2 – 5 titis Izumi Cleansing Solution Plus di atas tapak tangan lalu sapukannya di seluruh muka dan leher. Urut dengan lembut sehingga semua solekan dan kotoran dilarutkan dan gunakan kapas muka basah untuk menanggalkan kotoran dan solekan. Seterusnya bilaskan dengan air. Kemudian, gunakan Izumi Rich Cleansing Foam untuk membantu anda mencapai kesan pembersihan berganda!

Search