KILANG KAMI

PHYTO HERBAL INDUSTRIES

PHI telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan mendirikan kilang bertaraf GMP yang pertama di Desa Cemerlang, Johor Bahru Malaysia.

PHI merupakan singkatan daripada "Phyto Herbal Industries" Manufacturing. Perkataan Phyto bermaksud 'berasaskan tumbuh-tumbuhan' atau berasal daripada bahan semulajadi yang mana menunjukkan arah tujuan pengilangan yang berkualiti dan produk yang berasaskan semulajadi yang bermanfaat kepada semua pengguna.


PHI telah mengembangkan fasiliti kilang dan mendirikan PHI kedua pada tahun 2012 untuk menempatkan lebih banyak barisan produk dan kepelbagaian produk.

PHI komited dalam menjalankan standard kualiti yang paling ketat dan prosedur keselamatan makanan demi memastikan pengguna dapat menikmati makanan yang sihat dengan jaminan kualiti yang tinggi. Dalam menjayakan komitmen ini, kami melaksanakan kawalan yang ketat bermula daripada prosedur pemilihan vendor sehingga ke bahagian pengurusan penghantaran barang kepada pelanggan.

Semua produksi di PHI dijalankan dalam persekitaran bilik bersih yang mematuhi piawaian kebersihan terperinci yang mana bacaan suhu dan kelembapan dikawal selia sepanjang masa. Manakala, sistem perairan yang digunakan dalam setiap produksi telah ditapis dan dinyah kuman dengan sewajarnya.

Gudang dan Penyimpanan: PHI sentiasa mengawal keadaan penyimpanan bahan-bahan untuk memastikan kesegaran bahan dengan prosedur pemantauan suhu dan kelembapan yang ketat.

Makmal: Semua bahan dan barang siap akan diuji dengan secukupnya di makmal dalaman kami untuk memastikan kualiti dan keselamatan yang tinggi.

Kemudahan fasiliti pengilangan PHI telah terbukti mematuhi standard kualiti antarabangsa. PHI telah menerima sijil Good Manufacturing Practice Standard (GMP) daripada National Pharmaceutical Regulatory Agency Malaysia (NPRA), ISO 22000 Food Safety Management System dan HACCP System serta sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Kemudahan PHI:

- Pengisian Serbuk Bungkusan Kecil

- Perkapsulan

- Pengisian Cecair

- Penyelidikan dan Pembangunan

PHI mempunyai Pasukan Pengurusan yang profesional dan berdedikasi, Pasukan Jaminan Kualiti dan Pasukan Produksi untuk memastikan operasi yang cekap dan berkualiti.

Bagi memastikan tanggungjawab sosial PHI terhadap kelestarian alam sekitar, setiap operasi PHI mematuhi piawaian Jabatan alam Sekitar Malaysia terutama sekali dalam pengendalian bahan buangan serta kawalan pencemaran udara.