Laman Global:  Log Masuk Ahli  Daftar

Mengenai PHHP

Visi dan Misi

Menjadikan sebuah organisasi global yang mampan melalui penyebaran kesihatan, kekayaan, ilmu pengetahuan dan kasih sayang.

Polisi Kualiti

Kami berusaha untuk mencapai kepuasan pelanggan yang cemerlang melalui penambahbaik yang berterusan dan menggalakkan PHHP CARE kepada semua pihak yang berkepentingan.

Latar Belakan

PHHP yang ditubuhkan sejak tahun 1996, berpegung teguh pada prinsip korporat yang unik "Insan yang saling membantu insan lain, bersama-sama mencapai keamanan, keharmonian, kesihatan dan kemakmuran", bertekad untuk menyucikan hati jiwa dan mempertingkatkan fitrah manusia, bekerjasama untuk membina dunia yang penuh dengan kasih sayang.

  • Mengharapkan setiap orang mempunyai keamanan, PHHP sentiasa menyebar semangat kasih sayang
  • Mengharapkan membina masyarakat yang harmoni, PHHP mengajar orang ramai membuat kerja amal
  • Mengharapkan memastikan orang ramai sihat dan kuat, PHHP hanya membekalkan produk berkualiti
  • Mengharapkan memberi kekayaan dan kemakmuran kepada dunia. PHHP telah memberi kehidupan yang mewah kepada insan

Sebagai salah satu syarikat jualan langsung yang mempunyai cawangan yang terbanyak di Malaysia, PHHP juga telah meluaskan perniagaannya sehingga ke luar negara dan mendirikan cawangan di Singapura, Negera Thailand dan Indonesia. Selain itu, ia juga mendirikan kilang GMP untuk menghasilkan lebih banyak lagi produk yang berkualiti untuk memanfaatkan orang ramai.

PHHP berkembang pesat sejak pertubuhannya, selain daripada mempunyai sepasukan elit, sistem pertadbirannya yang sistematik dan sempurna serta konsep kesihatan yang unik telah mencipta korporat yang berpegang kepada falsafah "Menjalankan perniagaan secara berterusan dan menuju ke kemakmuran yang berkekalan".

Logo PHHP melambangkan alam semulajadi yang harmoni dapat melahirkan kehidupan yang sejahtera. Ia juga membawa falsafah PHHP iaitu “People Happily Helping People, Together We Share Peace, Harmony, Health and Prosperity” yang bermaksud “Insan yang saling membantu insan lain, bersama-sama mengecapi Keamanan, Keharmonian, Kesihatan dan Kemakmuran.” Inilah hasrat dan ilham PHHP yang ingin dihayati bersama.

 

logo desc m

Search